Malu hendak bercelana pendek dek kulit kering dan bersisik pada kaki! Atasi masalah ini hanya dengan bahan di dapur. Mudah dan efektif hasilnya.
Sememangnya kita tidak dilahirkan sempurna, masalah paling ketara yang dilalui kebanyakan wanita di luar sana adalah kulit kering. Minumlah berbotol air mineral belum tentu dapat menyelesaikan masalah ini. Sebagai alternatif, apa kata anda rawat secara minimal hanya di rumah sahaja. Mungkin ia solusi terbaik sementara anda berjumpa pakar kecantikan untuk rawatan selanjutnya.
Minyak Zaitun adalah ramuan terbaik untuk mengatasi masalah kulit kering dan beri kelembapan selama 24jam.
Mudah terdedah dengan iritasi, gatal dan terasa seperti terbakar. Tidak kisahlah anda pakai seluar pendek atau panjang, perasaan gatal menyelubungi diri. Tergaru-garu sana-sini. Renyah betul! Terdapat beberapa bahan semula jadi yang dikatakan dapat membantu kulit kering lagi bersisik ini.
- Minyak Zaitun
Seribu satu kebaikan. Minyak Zaitun adalah ramuan terbaik untuk mengatasi masalah kulit kering dan beri kelembapan selama 24jam. Sebelum ke kamar mandian, sapukan minyak ini pada kaki dan biarkan selama 30minit dan bilas. Pelindungan tambahan sebelum meletakkan krim atau gel pelembap sedia ada.
- Minyak Kelapa
Bukan sahaja bahan aktif dalam melebatkan rambut, malah ia juga mampu melembapkan. Kulit akan terhidrasi dalam jangka masa lama. Panaskan minyak kelapa bersama minyak zaitun, sapukan dalam suhu sederhana suam dan biarkan berbalut dengan kain nipis selama 1 jam untuk kesan lebih efektif. Sesudah itu bilas kaki dengan air bersih.
- Madu
Madu mengandungi bahan antioksidan yang terbaik dalam menjaga kaki berkulit kering dan sisik. Lebih bagus jika ditambahkan bersama beeswax dan minyak zaitun. Hanya sapuan beberapa saat sebelum dibilas.
- Buah Avokado
Buah ini punya khasiat dalam merawati masalah ini. Tumbuk buah Avokado hingga lumat bersama susu dan madu. Jadikan ia masker dan sapu dengan lapisan nipis atau tebal. Ikut keselesaan sendiri. Biarkan selama 1 jam dan cuci dengan air sejuk.
- Lidah Buaya
Mengandungi antiseptik, antifungus dan mengurangkan sensasi kulit yang terasa terbakar. Khasiat disebalik gel lidah buaya mampu mencegah dari pecah, iritasi dan gatal. Boleh digunakan setiap hari sebelum mandi dan jika anda rasa kulit kaki berada dalam keadaan tidak selesa. Sapukan gel selama 10 minit sebelum bilas dengan air hangat.
Artikerl berkaitan Enam Cara Untuk Atasi Masalah Kulit Kering