Tiap kelalang haruman yang anda miliki haruslah disimpan sebaiknya demi menjaga kualiti aromanya dan jangka hayatnya lebih panjang.
Memang tiada tarikh luput tertera pada kotak atau botol minyak wangi, tapi penjagaan atau cara menyimpan minyak wangi dengan betul akan dapat memelihara baunya kekal sama seperti haruman yang baharu dibuka. Tambah pula, harga haruman yang berkualiti dan sedap baunya bukanlah murah, jadi eloklah disimpan elok-elok setiap botol yang dibeli.
Setiap haruman yang kita pilih, saya fikir ia sangat perbadi kerana ia adalah ‘wajah’ kepada personaliti diri. Jadi, tidak hairan mengapa orang setia pada satu-satu haruman dan tidak kisah berbelanja lebih. Berikut tiga perkara penting perlu ditimbang-tara bila menyimpan haruman.