Usah Simpan Di Dalam Kamar Mandi
Ini antara salah faham yang banyak berlaku, ramai menganggap bilik air adalah lokasi paling sesuai untuk menyimpan haruman memandangkan suasananya terlindung selain ia memudahkan untuk anda menyembur haruman sebagai selesai bersiram. Hakikatnya, minyak wangi tidak elok disimpan di dalam kamar mandi kerana kondisinya yang lembap. Suasana lembap (humid) akan menjejaskan kualiti haruman.