Simpan Di Tempat Terlindung Dari Cahaya
Seeloknya simpan haruman di dalam bilik dan jika boleh pastikan tempat anda meletak atau menyimpan haruman di kawasan yang tidak terkena cahaya matahari secara terus. Elakkan meletakkan di kawasan berdekatan dengan tingkap kerana cahaya matahari boleh menjejaskan kualiti haruman dan boleh jadi mempercepatkan haruman bertukar bau.
Haruman yang dibotolkan dalam kelalang gelap lebih mudah untuk penyimpanannya berbanding yang berbotol jernih kerana mudah ditembusi cahaya. Ada sesetengah orang menyimpan haruman di dalam kotak asal tetapi rasanya cara itu agak tidak praktikal untuk penggunaan setiap hari. Rumit dan melecehkan.