Bolehkah Menyimpan Haruman Di Dalam Peti Sejuk?
Ya, boleh kerana suhu dingin dan keadaan yang gelap bagus untuk menjaga kualiti minyak wangi. Hari ini ramai yang memiliki peti sejuk yang dijadikan khusus untuk menyimpan kosmetik khususnya produk penjagaan kulit. Suhu yang stabil (tidak panas dan lembap) bagus untuk mengelakkan haruman teroksida atau kualiti bahan haruman menurun. Ini antara cara menyimpan minyak wangi pilihan beauty freak hari ini.