Pilihan EH!- Les Eaux De Chanel, Paris- Edimbourg
Dalam keringkasan ada keaggunannya, Chanel membotolkan ciri-ciri ini di dalam varian baharu Les Eaux De Chanel, Paris- Edimbourg. Sama seperti haruman Les Eaux De Chanel yang lain, edisi ini juga memercikan kesegaran bersifat ringan pada tiap titis harumannya. Ia juga mengekalkan konsep inspirasi destinasi yang cukup sinonim dengan Chanel. Paris- Edimbourg menjadikan Socotland sebagai sumber curahan inspirasinya yang mana Olivier Polge meramu bahan-bahan utama seperti beri juniper dan cypress yang diabadikan bersama nota-nota hangat cedar dan vetiver. Secara peribadinya saya cukup gemarkan varian ini kerana ia punya elemen maskulin namun masih tidak canggung disemburkan oleh mana-mana wanita. RM530 (125ml).
Artikel Berkaitan: Haruman Baharu Pilihan EH!