Oleh Khairul Abidin
Kelembutan wajahnya jadi pilihan pelbagai jenama, dan yang terbaru SimplySiti menyuntingnya sebagai jurucakap rangkaian pencerahan mereka, White & Detox! Bersama EH!, gadis yang mesra dipanggil Sally ini berkongsi cara dia memelihara kecantikannya.
Rutin Cantik
Sebagai pelakon penampilan saya sering diambil kira, jadi saya memang menitikberatkan soal penjagaan kulit. Biarpun saya tidak mempunyai masalah kulit tetapi saya masih memeliharanya dengan penuh disiplin. Wajah mesti dicuci sempurna, minum air kosong sebanyak mungkin dan saya mesti tentukan saya punya tidur dan rehat yang cukup. Ketika ini pastinya rangkaian SimplySiti White & Detoks jadi pilihan.
Kala Kembara
Apabila melancong saya wajib bawa pupur wajah untuk merawat muka. Kulit perlu mendapat perhatian yang sama ketika bercuti.
Tip Hilangkan Stres
Mesti cukup tidur. Kadang-kadang apabila stres saya suka makan dan keluar bersama teman-teman rapat, menonton wayang misalnya.
Senaman Pilihan
Saya sukakan yoga. Setiap pagi juga saya wajib melakukan sit up dan push up 100 kali. Jika ke gim saya perlukan sekurang-kurang seorang teman untuk ikut bersama.