Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Solekan kalis air pada bahagian mata atau bibir khususnya kadang kala susah untuk ditanggalkan atau dibersihkan jika tidak tahu caranya. Akibat susah untuk menghilangkannya, ramai yang tidak sedar bahawa ia boleh memudaratkan kesihatan mata dan bibir seperti masalah pengudaraan pada kulit serta boleh menimbulkan masalah kulit yang lain.
EH! ingin kongsikan cara untuk mencuci solekan kalis air agar kebersihan wajah dijaga dengan betul dan baik agar tidak mengundang masalah kulit wajah serta mengelakkan penuaan.
Keperluan:
- Pencuci solekan kalis air
- Kapas muka
- Putik kapas
Cara-cara:
- Lembapkan kapas muka dengan pencuci solekan kalis air yang berasaskan minyak dan air.
- Tutup sebelah mata anda dan letakkan kapas muka tadi ke atas solekan mata kalis air tersebut.
- Tekan kapas muka tersebut selama 10 hingga 20 saat bagi membenarkan pencuci solekan kalis air tersebut mencairkan solekan maskara kalis air.
- Dengan lembut oles lembut kapas muka tersebut pada bahagian kelopak mata dan bulu mata sehingga maskara tersebut ditanggalkan dari bulu mata anda.
- Ambil putik kapas untuk mencuci sisa-sisa solekan tersebut di bahagian bawah mata dan kelopak mata.
- Ulang cara yang sama pada bahagian gincu kalis air pada bibir anda dengan lembut dan rata.
- Cuci keseluruhan wajah anda dengan pencuci muka sehingga bersih dan pastikan tiada sisa solekan pada wajah untuk mengelakkan penularan bakteria pada wajah.