Hari-hari kamu perlu bergerak. Sehinggakan tumit kaki merekah! Mana tidaknya, hampir setiap hari mengenakan kasut tumit tinggi. Dek bebanan kerja yang bertimbun, tak cukup masa untuk mendapatkan rawatan.
Gambar: eyzacantek.com
Ambil getah buah betik muda yang kekuningan dan sapukan pada tumit yang merekah. Lakukan setiap hari.
Gosok tumit kaki dengan belimbing buluh sehingga bersih. Berus tumit kaki dengan bers lembut. Ia dapat melembutkan kulit kaki dan membersihkan kotoran serta menanggalkan kulit mati.
Rendamkan kaki selama 30 minit didalam air suam. Masukkan beberapa asam keeping dan perahan limau nipis sekali. Keringkan kaki anda, dan ulang setiap hari sehingga rekahan pada tumit hilang.