Sepanjang Ramadan, cuaca yang tidak menentu turut beri kesan pada wajah dan juga tubuh. Sama ada hujan atau diselar terik matahari akan buatkan kulit lebih mudah mengering dan dehidrasi. Kekalkan kulit wajah yang lembap dengan penjagaan pemakanan anda dan rejim penjagaan kulit seperti pelembap dan pelindung UV.
Ikuti cara mudah dan ringkas ini untuk anda mula amalkan demi kulit yang sentiasa sihat dan cukup hidrasi.