1. Suzy
Ramai yang mengakui pelakon dan penyanyi ini memiliki kulit wajah yang cantik. Suzy mengamalkan cara mencuci muka dengan teknik 4-2-4 dalam penjagaan wajahnya setiap hari.
Cara Suzy
– Gunakan cleansing oil untuk memcuci solekan pada wajah. Sapu seluruh wajah selama empat minit sehingga kotoran dibersihkan.
-Bilas dengan air, kemudian gunakan pencuci jenis buih (foam) untuk membersihkan wajah. Lakukan proses ini selama dua minit.
-Akhir sekali, bilas wajah dengan air suam dan diikuti dengan air sejuk selama empat minit. Biarkan wajah kering dengan sendirinya tanpa menggunakan tuala.