4. Son Ye Jin
Solekan akan lebih senang untuk dicuci sekiranya pori-pori wajah dibuka dengan wap air panas. Pelakon Son Ye Jin mengamalkan cara wap air panas (steam wajah) dalam proses menanggalkan solekan dan mencuci wajah.
Cara Son Ye Jin
– Bersihkan wajah dari solekan dengan pencuci wajah yang anda selalu guna.
– Buat steam towel dengan mencelupkan tuala dalam air panas. Letakkan tuala pada wajah (pastikan tuala tidak terlalu panas bagi mengelakkan wajah melecur). Kemudian urut pada bahagian dahi, tulang pipi dan kening bagi melancarkan peredaran saluran darah.
– Hiris beberapa keping lemon dan rendam dalam air sejuk selama 10 minit. Akhir sekali bilas wajah dengan air lemon yang sejuk.