Dalam dunia glamor, selebriti bergantung pada produk kecantikan yang mudah dibawa dan semestinya praktikal. Tas tangan mereka adalah mini beauty kit yang patut kita semua miliki. Sekarang giliran anda pula untuk stock up rahsia glam dalam clutch sendiri!
Ketika semua mata tertumpu pada pentas peragaan dan barisan hadapan yang dipenuhi selebriti berstail, EH! sempat ‘menjengah’ isi tas tangan beberapa wajah glamor tanah air di KL Fashion Week (KLFW). Di sebalik clutch dan mini bag yang dipadankan dengan persalinan masing-masing, kami teruja menemui beberapa beauty staples yang menjadi penyelamat saat-saat genting sepanjang acara. Jom tengok apa yang mereka bawa!
1. Shalma Ainaa
Shalma Ainaa, yang tampil anggun dengan gaya effortless glam, nyata tak pernah leka soal sentuhan akhir solekan. Setting powder kegemaran ramai ini bukan saja memberi kemasan blurred yang halus, malah sangat sesuai untuk touch-up ketika sinaran lampu kamera mula mencabar. Tidak hairanlah kulit Shalma sentiasa tampak sempurna!
Produk: Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Setting Powder (RM 235)
2. Iman Opie
Bibir mungil dan berkilau sememangnya menjadi signature Iman Opie, dan rahsianya sudah pasti Dior Addict Lip Maximizer! Dengan sentuhan gloss yang memberi efek penuh dan menyegarkan, ia cukup untuk menaikkan seri wajah walau tanpa solekan berat. Instant confidence booster katanya!
Produk: Dior Addict Lip Maximizer – Plumping Lip Gloss (RM 180)
3. Vanessa Renault
Vanessa Renault memilih Gloss Bomb dari FENTY BEAUTY yang memang terkenal dengan kilauan mewah dan tekstur yang nyaman. Selain baunya yang sedap, produk ini wajib ada dalam tas tangan setiap gadis on-the-go.
Produk: Fenty Beauty Gloss Bomb Universal Lip Luminizer (RM 117)
4. Ain Edruce
Aktres dan pengacara lincah ini gemar sesuatu yang praktikal dan multifungsi. Bedak asas serbuk daripada Skintific ini bukan sahaja memberi liputan penuh, malah mengekalkan kulit bebas kilap sepanjang hari. Sesuai untuk mereka yang aktif dari satu pertunjukan ke satu pertunjukan seperti Ain!\
Produk: Skintific Ultra Cover Powder Foundation (RM 39)
Artikel Berkaitan: Lensa EH!: Gaya Selebriti Di KL Fashion Week 2025