Chanel memperkenalkan Chanel Factory 5, himpunan eksklusif sempena meraikan minyak wangi N° 5 yang kini sudah seabad usianya.
Chanel N° 5, haruman ikonik Chanel meraikan ulang tahun ke-100 tahun ini. Dan pastinya Chanel mahu meraikannya dengan penuh gemilang sementelah haruman ini punya perjalanan yang cukup cemerlang sejak diperkenalkan seabad yang lalu.
Sewaktu menerima khabar awal tentang Chanel Factory 5, hati saya diselubungi rasa teruja. Melihatkan bungkusan item-item yang dihasilkan untuk koleksi ini cukup menarik. Secara peribadinya saya merasakan bungkusan Chanel factory 5 punya unsur malar segar walaupun sedikit vintaj namun sangat relevan dengan cita rasa orang zaman sekarang. Pemilihan gaya pembungkusan ini juga sebagai satu tafsiran kepada Chanel yang bersifat ultra moden 5 yang sentiasa mengadaptasi dengan perubahan zaman, penuh dengan inovasi.
Apa itu Chanel Factory 5? Ini merupakan koleksi tambahan untuk melengkapkan penjagaan dan Belaian tubuh dari Chanel N° 5, dan ia boleh didapatid alam jangka masa terhad sahaja. Ilham himpunan ini memang jelas dibuat sebagai keraian buat Chanel N° 5. Chanel Factory 5 disempurnakan dengan 17 item yang dibungkuskan dalam bekas berinspirasikan kilang pembuatan yang bersifat ultra moden dan hadir dalam warna putih dan hitam.
Chanel Factory 5 dilihat sebagai satu langkah buat Chanel menghidupkan semula definisi belaian diri Gabrielle Chanel serta sifat dirinya sendiri yang sentiasa mahukan kebebasan, ingin berbeza dari yang lain. Himpunan tambahan ini dilihat sebagai satu tawaran pengalaman mewah untuk diterjemahkan dalam kehidupan harian.
Chanel beranggapan himpunan ini juga bersifat muda, mereka mahu meresap jiwa beli dan remaja yang sentiasa mahukan sesuatu yang baharu, penuh denganr asa ingin tahu serta punya sifat bebas , yang tidak terlalu peduli dengan sekeliling. Ini adalah cara Chanel yang bersifat ultra moden mengadaptasi imejnya dengan situasi semasa.
Jadi apa yang Chanel tawarkan menerusi koleksi eksklusif ini? Ia dilengkapi dengan gel mandian, buih mandian untuk anda berendam membelai diri, juga ada losen, minyak dan krim badan, sparkling body gel dan sabun buku buat tubuh. Himpunan ini juga dihangatkan dengan pilihan semburan badan (N° 5 EDP Spray) dan N° 5 L’eau Purse Spray dan isian semula. Chanel Factory 5 direncana berada di pasaran tidak lama lagi. Kami akan update bilakah tarikh koleksi ini bakal berada di pasaran. Stay tuned!
Artikel Berkaitan: Chanel N°5, Lapan Ikon Yang Pernah Membintangi Iklannya