Diinspirasikan daripada aksesori mewah pertamanya, Chanel sajikan lapan warna gincu edisi terhad menerusi himpunan Rouge Allure.
Tahun 1932 menyaksikan debut koleksi barang kemas mewah Chanel, yang mana untuk menyempurnakan himpunan ini, Gabrielle Chanel telah menjadikan zodiak atau bintang sebagai inspirasi utamanya. Himpunan sulung itu dinamakan sebagai ‘Bijoux de Diamants’. “To cover women in constellation,” itu hajatnya saat mereka aksesori mewah eksklusif itu.
Berpandukan daripada himpunan sembilan dekad itu, Chanel tahun ini memperkenalkan sebuah koleksi gincu edisi terhad yang dinamakan sebagai Rouge Allure Velvet La Comete. Rouge Allure sememangnya sudah menajdi sebahagian item solekan ikonik di Chanel, jadi mengapa tidak mereka gabungkan dua ilham untuk sebuah koleksi istimewa.
Rouge Allure sudah diperkenalkan di kaunter solekan Chanel sejak 16 tahun dahulu, lantas menjadikannya antara peluru gincu yang sering mengisi tas tangan wanita-wanita elegan seluruh dunia. Pembuka 2022, Rouge Allure Velvet La Comete dilancarkan dengan lapanw arna baharu dan menariknya adalah kelongsong gincunya dihiasi dengan ukiran bintang atau dinamakan sebagai ‘comete’.
TIGA PILIHAN EH!
Hadir dengan lapan warna eksklusif, dari nude ke merah gelap, EH! pilihkan tiga warna yang menjadi kesukaan kami.
108 Terre D’Etoiles
Satu warna nude dalam ton coklat yang sesuai untuk gaya sehari-hari. Ia juga punya butiran mikro keemasan yang membuatkan bibir nampak bersinar-sinar.
148 Rouge Cosmique
Bagi penggemar gincu merah, warna ini antara yang segar untuk tahun ini. Punya cetusan nadi musim bunga hasil kesan kilat-kilat keemasan dan gangsa.
178 Brun Celeste
Saat melihat kempen gincu ini yang dihiasi oleh model kegemaran Chanel ketika ini, Vittoria, saya sudah terpikat melihat warnanya. Warna merah keseumba kecoklatan yang cukup misteri. Lovely!
LENGKAPKAN DENGAN INI
Koleksi edisi terhad ini juga disempurnakan dengan Blush Comete yakni pemerah pipi dengan pancaran ‘healthy glow’. Hadir dalam dua ton berbeza, setiap satunya dipadukan dengan dua ton pemerah pipi, yang mana mencipta dimensi pada buah dan tulang pipi saat dilayangkan.
Dapatkan koleksi edisi terhad ini di pautan ini.
Baca: “Lakukan Apa Sahaja Yang Membahagiakan,”- Shalma Ainaa