Zodiak Leo dan singa cukup sinonim dengan rumah fesyen Chanel, dan sebagai satu penghargaan kepada haiwan yang dianggap sebagai raja haiwan ini, Chanel lancarkan Rouge Velvet Le Lion De Chanel, terdapat untuk waktu singkat sahaja.
Rouge Allure antara rangkaian gincu yang begitu mendapat tempat, malah ia menjadi antara rangkaian yang paling disukai peminat-peminat Chanel. Memberikan suntikan segar kepada rangkaian ini, bulan ini Chanel memperkenalkan Rouge Allure Velvet Le Lion De Chanel iaitu rangkaian edisi terhad yang tampil dengan lapan warna eksklusif. Apa yang lebih monarki, kelongsong gincu yang berwarna hitam ini diberikan sentuhan emas pada penutupnya dan dicop dengan rupa singa yang menjadi lambang kepada zodiak Leo.
Coco Chanel dilahirkan pada 19 Ogos 1883, dan dia berbintang Leo. Jadi dari situ sudah boleh diagak mengapa singa dan angka lapan sangat sinonim dengan Chanel. Sewaktu saya berpeluang melawat apartmentnya di Paris beberapa tahun dulu, ada banya patung singa dijadikan sebagai dekorasi. Singa dan Coco Chanel sangat sinonim, malah dia menganggap singa adalah pelindung juga pembawa tuah dalam hidupnya.
Artikel Berkaitan: Warna Gincu dan Kaitan Dengan Karakter Peribadi
Antara warna yang boleh anda cuba dari rangkaian Rouge Allure Velvet Le Lion De Chanel ini ialah Beige Rugissant (warna nude yang saya rasa ramai yang akan suka), Beige Ardent (bagi yang mahukan ton coklat), Rouge Impulsif (untuk yang mahukan sentuhan yang segar yang mana ia hadir dalam ton koral), Rouge Fauve (merah bata), Rouge Triomphal (warna merahnya tampak klasik dan cukup elegan), Rouge Audacieux (sentuhan buergundy) Rouge Vie (warna merahnya pekat dan sedikit kelam) dan Rouge Feu (bagi yang mahukan sedikit percikan oren). Rouge Allure Velvet Le Lion De Chanel ini dijual pada harga RM150 sebatang.
HARUMAN EKSKLUSIF
Chanel turut melancarkan haruman istimewa yang turut mengabadikan singa sebagai inspirasi. Le Lion De Chanel adalah keluarga baru buat Les Exclusifs De Chanel. Antara cerita lain yang menarik tentang perkaiatan antara Chanel dan singa ialah sewaktu cinta hatinya Boy Capel meninggal dunia pada tahun 1920, teman baiknya Jose-Maria Serta dan isterinya Misia membawanya bercuti ke Venice. Di sana, Coco Chanel terlihat banyak patung singa termasuklah di lokasi ikonik termasuklah St Mark.