Jika anda aktif di TikTok atau Instagram, besar kemungkinan wajah Alisa Mahzan sudah pun menghiasi skrin anda lebih dari sekali. Dengan senyuman manis, personaliti ceria dan penguasaan bahasa Mandarin yang fasih, tidak hairanlah gadis lulusan Komunikasi Interpersonal dari UiTM Shah Alam ini, kini bergelar content creator sepenuh masa. Namun di sebalik persona digitalnya yang tenang dan ceria, tersimpan sisi quirky yang cukup menghiburkan, anak keempat daripada lima beradik ini merupakan peminat tegar permainan video Project Makeover, dan sudah pun berada di level 4000! Satu sisi unik yang menambah daya tarikan pada dirinya.

1. Bagaimana anda mula tertarik dengan dunia kecantikan, dan apakah yang menginspirasikan anda untuk berkongsi rutin kecantikan anda dengan pengikut di media sosial?
Semuanya bermula semasa saya sekolah menengah. Saya suka tengok YouTube, especially beauty YouTubers seperti makeupbymandy, Claudia Sulewski dan Aspyn Ovard. Tapi sebenarnya yang paling awal bagi pengaruh tu, sepupu saya sendiri, dia merupakan seorang makeup artist & hairstylist. Saya selalu perhatikan setiap gerak-geri dia waktu dia bersiap atau touch up client. Dari situlah saya terinspirasi nak pegang kamera, cakap depan kamera, dan mula post di YouTube, Twitter dan Instagram.
2. Apa jenis produk kecantikan yang paling anda suka cuba dan kenapa?
Blusher! Saya rasa dengan pengaruh other beauty influencers sekarang, kita boleh buat macam-macam dengan blusher je. Nak buat look cute, lifted, fresh semua boleh! Favourite liquid blusher saya sekarang adalah velvet vanity in bubblegum pop. Warnanya sangat cantik untuk di pakai harian dan dia ada enam shades
3. Produk kecantikan apa yang anda tidak boleh hidup tanpanya, dan mengapa?
Top 3! Isntree hyaluronic acid watery sun gel sunscreen, super hydrating, glowing, tak berminyak langsung. Bioderma Sensibio Micellar Water, lifesaver untuk kulit acne-prone saya! dan easy bake loose powder dari Huda Beauty bila saya cuba, I knew the TikTok hype was real. Finishing dia memang flawless!

4. Bolehkah anda berkongsi sebarang tip kecantikan yang mungkin tidak ramai tahu, tetapi sangat berkesan bagi anda?
Double cleanse your scalp! Ramai tak buat tapi bila saya mula buat, rambut saya jadi lebih sihat, tidak cepat berminyak dan lembut. selepas mandi, terus hairdry! Boleh bantu dari segi volume dan elak kulit kepala jadi leper atau berminyak dengan cepat.
5. Apakah satu kesilapan kecantikan yang pernah anda buat dan pelajari daripadanya?
Upper lip wax gone wrong! Kulit literally peeled off sejak tu, saya tak pernah wax lagi. Saya pilih laser, lagi selamat, tak sakit, dan hasil lebih konsisten.
6. Bagaimana anda berhadapan dengan hari-hari yang kurang keyakinan dengan penampilan diri?
Saya akan buat rambut, buat skincare routine dan terus mood berubah. Bila muka dan rambut dah terjaga, automatik rasa empowered! And always surround yourself with people yang boleh boost your confidence whether it’s friends or family. Positive remarks from love ones can increase confidence I must say.
7. Bagaimana anda mulakan perjalanan anda sebagai seorang beauty influencer?
Dulu cita-cita saya nak menjadi seorang pelakon dan makeup artist sebab selalu ikut sepupu saya pergi bekerja. Dari situlah saya mula berminat dengan dunia kecantikan. Belajar sikit sikit dari Youtube, try experiment sendiri dan secara tidak langsung, minat tu berkembang sampai lah saya rasa seronok untuk berkongsi tips dan pengalaman dekat media sosial.
8. Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada mereka yang baru hendak membina rutin kecantikan sendiri?
Start slow. Tak perlu guna semua produk terus. Kenal dulu kulit sendiri. Dan yang paling penting, consistency over quantity. Lagi penting ada ti9ga atau empat produk yang berkesan, daripada sepuluh produk yang belum tentu berkesan.

Artikel Berkaitan: Chit-Chat Cantik: Sabrina