Chanel melancarkan Coco Mademoiselle Eau De Parfum Intense Purse Spray, haruman ikonik ini kini hadir dalam edisi yang lebih mudah dibawa ke mana-mana, botol yang diabadikan dalam bekas bak gincu dan lengkap dengan rantai tak ubah seperti gelang tangan, dengan gold chain dan mutiara, so Chanel!
EH! mengundang empat gadis berpersonaliti menawan, Arisa Soraya, Nina Amin, Siti Hariesa dan Shalma Eliana untuk satu ‘podcast’ mini berbicara tentang haruman dan raya. Ruang bicara yang santai lagi relaks menjadi ruang mereka berkongsi pandangan serta pilihan sendiri tentang haruman dan persiapan lebaran.
Fokusnya tentu sekali terarah kepada Coco Mademoiselle Eau De Parfum Intense Purse Spray, yang bukan saja menarik bungkusan barunya malah sudah masyhur dengan aromanya. Edisi yang ini akan memudahkan setiap jelitawan untuk touch-up haruman, bila-bila dan di mana sahaja.

CHIT CHAT CANTIK NINA AMIN & SHALMA ELIANA
NA : Adakah orang memang memilih minyak wangi mengikut personaliti, atau itu just a statement?
SE: Ia bergantung pada mood. Kalau nak pergi jumpa orang buat kali pertama, I akan pilih bau yang mewakili my personality. Somehow, bau yang dipilih itu adalah personaliti I.
NA : Betul, kita akan pakai apa yang kita suka, apa yang menggambarkan diri kata, samalah dengan perfume. Takkanlah kita pakai benda yang kita tak suka kan?
SE : Apa yang membuat you tertarik untuk beli satu-satu perfume?
NA : I jenis yang akan bau satu-satu. I sangat sensitif dengan bau, dan kalau botol cantik itu bonuslah. How about you?
SE : I pun akan cuba satu-satu tapi apa yang menjadi tarikan pertama yang attract untuk I cuba adalah packaging atau botol. Bila nampak botol yang menarik, I akan cuba bau.
NA : Macam mana selalunya you sembur perfume?
SE : Mulakan pada pergelangan tangan, gosok ke belakang telinga atau leher, sembur kat bahu. Ini my dad punya tip, sembur kat tapak tangan, then usap rambut.
NA: Sama saja dengan you, sembut kat tangan dan leher dan akhir sekali sembur kat dada atau baju. Tapi I rasa nak ikut cara your dad.

SE : Apa memori yang tak dapat dilupakan tentang Raya?
NA : I dan keluarga pernah tersangkut di dalam jem waktu pulang ke Kelantan selama 16 jam. We expected balik sehari sebelum Raya jalan takkan jem, but we were wrong. Kami sampai ke kampung pagi raya, terus bersiap dan beraya.
SE : Enam belas jam ya? Kalau I, I pun takkan lupa.
NA : Sekarang ada banyak koleksi baju raya, selalunya apa stail you bila tiba Hari Raya?
SE : I tak suka baju yang banyak manik atau pun lace, sebab I tak tahan panas. Mostly setiap tahun pun I akan pakai SHALS.
NA : Biasanya my mom yang akan pilih tema warna. I suka sesuatu yang selesa dan I suka pergi tengok jenis kain. I lebih suka shop offline. Pilihan I selalunya baju yang boleh mix and match, atau boleh dijadikan casual wear. Apa lagu raya kegemaran you?
SE : My all time favourite is Suasana Hari Raya sebab dia memang ada vibes raya, happy, festive dan I memang suka lagu raya lama-lama. Lagu-lagu baru ada juga.
NA : Kalau lagu baru I suka Dolla… Raya, raya rayaaa (menyanyi).

CHIT CHAT CANTIK ARISA SORAYA & SITI HARIESA
SH : Arisa, you rasa perfume yang kita pilih ada kaitan dengan personaliti kita?
AS : Honestly, in our industry, first impression is everything. People have distinct smell, dan apa yang I notice tentang seseorang ialah bau dia. Once you establish your scent that resonate you, ia akan jadi sebahagian your personality.
SH : If you want the scent that tell someone that Hariesa or that Arisa, to differentiate that.
AS : We smell different guys. Come smell us (ketawa). How you wear your perfume?
SH : Bermula pada bahagian leher berdekatan telinga, pada bahu because that how you hug people. Sometimes sembur dalam baju, dan biasanya suka sembur kat belakang leher kerana I selalu wonder orang yang tinggalkan bau wangi bila mereka berjalan.
AS : Pada I, I tak tahu kenapa tapi I suka spray kat bahu sebab bila I peluk orang itulah first thing I smell.
SH : Apa yang you suka dengan Coco Mademoiselle Intense Purse Spray?
AS : I am a hoarder. I suka masuk semua barang dalam beg. It’s so compact and portable, mengingatkan I pada gincu. Ada cute chain dan I suka warnanya.
SH : It smells nice. So classic!

AS : Apa lagu Raya all time favourite you?
SH : Mine? Three four. ‘Harum semerbak bunga melati..’ Aisha Retno, Ketipak Ketipung Raya.
AS : I tak ingat tajuk tapi lagu dia ‘Hai selamat hari raya..’ It resonate me dengan raya.
SH : Juadah raya yang you suka?
AS : I love lemang, my dad obsess dan biasanya dia akan beli banyak. I love kuih bahulu, tapi I tak sure itu dikira kuih raya atau tak, but I have it every raya. How about you?
SH : Usually I suka lodeh dengan lontong. Ia dah macam tradisi orang Johor. I miss my mom punya kuah lodeh. I think tahun ni I akan cuba masak sendiri.
AS : Okey, I akan datang rumah you raya ni!

TENTANG COCO MADEMOISELLE
Haruman ini diperkenalkan Chanel pada tahun 2001. Jacques Polge atau dikenali juga dengan gelaran ‘The Nose’ adalah individu penting di sebalik pembikinan haruman ini. Bahan-bahan ramuannya dicipta dengan bayangan aroma yang sensual, segar dan punya unsur kayuan amber. Sebagai sebuah haruman yang kental dengan mesej serta imej femininnya, masakan sempurna andai tidak didominasi aroma bunga-bungaan. Kuntuman bunga melati (jasmine) dan kelopak mawar menebarkan sebuah aroma yang cukup bold. Whitney Peak, bintang muda Hollywood kini menduduki takhta sebagai wajah rasmi ikon baharu Chanel ini.
Coco Mademoiselle Eau De Parfum Intense Purse Spray kini berada di butik kecantikan Chanel dan juga secara dalam talian. Boleh klik pautan INI untuk memiliki!
Konsep & Penata Gaya: Khairul Abidin, Fotografi: Edmund Lee, Videografi: Jackie Mah & Simon Tan, Pembantu Penyelaras: Eqa Zulkifli, Solekan: KF Bong (Shalma Eliana & Siti Hariesa) & Kevin Lee (Arisa Soraya & Nina Amin), Dandanan: Zac Lee.
BACA: #EHksklusif 15 Foto Belakang Tabir Kempen Terbaru Chanel N°5