Wajah cantik gadis 24 tahun ini semakin kerap menghiasi feed media sosial, mencuri perhatian dengan perkongsian rutin kecantikan, eksplorasi kafe hipster, dan ulasan produk viral. Mungkin kerana gaya penyampaiannya yang santai dan bersahaja yang membuatkan ramai yang rasa dekat dan terinspirasi dengannya. Qasrina bukanlah sekadar content creator yang sekadar mencuba produk viral, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini juga berani melangkah lebih jauh dengan melancarkan jenama kecantikan sendiri yang diberi nama Qasmetics by Qasrina. Dari hanya berkongsi pendapat, kini dia mencipta peluang, membuktikan yang dia juga pencetus trend kecantikan.
1. Bagaimana anda mula tertarik dengan dunia kecantikan, dan apakah yang menginspirasikan anda untuk berkongsi rutin cantik anda dengan pengikut di media sosial?
Saya selalu percaya bahawa kecantikan bukan sekadar tentang kelihatan cantik tetapi lebih kepada keyakinan diri dan ekspresi peribadi. Dunia kecantikan menarik minat saya kerana ia membolehkan setiap individu meraikan keunikan dan kreativiti mereka. Apa yang mendorong saya untuk berkongsi rutin kecantikan di media sosial adalah keinginan untuk mencipta ruang yang selamat, di mana orang ramai berasa selesa menjadi diri sendiri. Saya mahu platform saya menjadi tempat di mana kita boleh meraikan keunikan, berkongsi pengalaman, dan saling menyokong antara satu sama lain. Saya mula mencipta content sekadar suka-suka semasa pandemik. Ia adalah cara untuk saya mengekspresikan diri dan berhubung dengan orang lain ketika semua orang mencari cara untuk kekal positif dan terhibur. Semakin saya selesa berkongsi perjalanan saya, semakin saya sedar betapa saya ingin memberi inspirasi kepada orang lain.
2. Produk kecantikan apa yang anda tidak boleh hidup tanpanya, dan mengapa?
Satu produk kecantikan yang saya tak boleh hidup tanpanya adalah lip mask dari Laneige kerana saya mempunyai masalah bibir kering. Bagi saya, penampilan itu sansat penting sebab itu merupakan perkara pertama yang orang perasan. Bibir yang lembap dan terjaga bukan sahaja buat kita nampak lebih presentable, tetapi juga boosts our confidence.
3. Apa produk kecantikan yang anda rasa sangat underrated dan perlu lebih dikenali?
Kalau anda mempunyai masalah bibir kering seperti saya, anda wajib mencuba jenama lokal, Qasmetics hehe! ia mampu mengekalkan kelembapan bibir sepanjang hari. Selalunya bila memakai lip matte, bibir akan mula rasa kering dan merekah selepas beberapa jam, sampai ada yang suka tarik kulit kering tu. Tetpi dengan lip matte dari Qasmetics, ia akan memastikan bibir kita kekal lembap sepanjang hari. Dan sehingga malam, glitter masih berkilau! it’s perfect for anyone going on a date, lebih-lebih lagi dalam bulan cinta ini!
4. Apa langkah-langkah tambahan yang anda ambil untuk menjaga kesihatan kulit, selain menggunakan produk kecantikan?
Selain menggunakan produk kecantikan, saya juga ambil langkah tambahan untuk memastikan kulit kekal sihat. Saya pastikan minum banyak air untuk kulit yang sihat dan berseri. Saya juga cuba tidur awal kerana rehat yang cukup membantu kulit pulih dan kekal segar. Selain itu, saya sangat menjaga pemakanan kerana apa yang kita makan memberi kesan besar pada kulit. Walaupun saya tidak makan banyak buah, saya tetap cuba masukkan dalam diet. Selalunya blueberry, strawberi, dan tembikai. Saya juga elakkan pendedahan cahaya matahari secara berlebihan tanpa perlindungan dan sentiasa pakai sunscreen. Bersenam pun sama penting! Saya pastikan kekal aktif setiap hari biasanya dengan berjalan di luar sekurang-kurangnya 5,000-10,000 langkah sehari. Paling penting, saya percaya bahawa menjaga diri dari usia muda sangatlah penting kerana kulit kita pasti akan berterima kasih nanti!
5. Bolehkah anda berkongsi sebarang tip kecantikan yang mungkin tidak ramai tahu, tetapi sangat berkesan bagi anda?
Satu tip kecantikan yang mungkin tidak ramai tahu tapi telah memberi kesan yang luar biasa pada saya ialah dengan mencuci muka dengan air sejuk selepas mandi mungkin 2-3 kali sehari. Ia benar-benar membantu mengetatkan kulit dan memberi penampilan yang segar. Saya rasa ia juga membantu mengurangkan bengkak dan membuat kulit rasa lebih tegang. It’s simple but effective step to add to your routine!
6. Sebagai pempengaruh digital yang memiliki jenama kecantikan sendiri, apa cabaran paling besar yang anda pernah hadapi?
Sebagai seorang pengaruh digital dengan jenama kecantikan sendiri, salah satu cabaran terbesar yang saya hadapi adalah menyeimbangkan content, managing my businesss and working at the same time. There’s always so much to juggle with seperti mencipta content yang menarik untuk followers saya, mengikuti trend semasa, dan memastikan jenama saya kekal autentik dengan misinya. Cabaran lain adalah untuk kekal consistent. As my business expand, penting untuk saya terus memberikan produk dan perkhidmatan terbaik tanpa mengorbankan visi di sebalik jenama. Ia memerlukan pembelajaran berterusan, and finding ways to stay organized.
7. Bagaimana anda berhadapan dengan hari-hari yang kurang keyakinan dengan penampilan diri?
Pada hari-hari di mana saya rasa kurang yakin dengan penampilan saya, saya akan ingatkan diri untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada kerana ada orang lain yang mungkin lebih teruk keadaannya. Ia membantu memberi perspektif yang lebih luas dan mengalihkan fokus saya kepada penerimaan diri. Saya juga pastikan untuk dikelilingi oleh orang-orang yang menghargai saya dan mencintai saya seadanya. Orang yang positif dan memberi sokongan memang memberi kesan besar dalam meningkatkan keyakinan diri dan mengingatkan kita tentang nilai diri.
Artikel Berkaitan: Chit-Chat Cantik: Triseya