Manis berhijab dan membesar di Subang Jaya, Sabrina Azmi merupakan antara wajah segar yang mencuri perhatian dalam dunia digital hari ini. Dikenali dengan personalitinya yang lemah lembut, graduan International Business ini bijak menyeimbangkan gaya hidup moden dengan kandungan estetik yang mencerminkan siapa dirinya. Bagi Sabrina, kecantikan bukan hanya soal rupa semata, tetapi ia bermula dari keyakinan dan rasa percaya diri yang dibina dari dalam.
1. Bagaimana anda mula tertarik dengan dunia kecantikan, dan apakah yang menginspirasikan anda untuk berkongsi rutin cantik anda dengan pengikut di media sosial?
Saya mula berminat dengan dunia kecantikan melalui media sosial apabila saya menonton beauty creator berkongsi rutin mereka. Saya terinspirasi dengan keyakinan dan kreativiti mereka dan saya sentiasa mahu mencuba apa yang mereka cadangkan. Lama kelamaan, saya mula bereksperimen dengan gaya solekan dan produk penjagaan kulit dan mula menyedari yang saya sangat sukakannya. Saya mahu menjadi sebahagian daripada itu untuk memberi inspirasi kepada orang lain pula. Apa yang saya suka menjadi seorang content creator adalah apabila saya mencuba produk baharu terutamanya PR kit yang saya terima. Saya sangat excited untuk berkongsi feedback jujur kepada pengikut saya di media sosial.
2. Apakah tips anda untuk menjaga kecantikan kulit ketika travel?
Sejujurnya penjagaan kulit semasa travel adalah sangat penting kerana kulit anda boleh panik dengan perubahan. Tip dari saya adalah sentiasa pastikan ia ringkas dan konsisten. Saya sentiasa membawa pencuci muka, serum, dan moisturizer. Saya juga tidak pernah lupa membawa sunscreen, ia penyelamat untuk long flight dan udara yang kering. Tip lain dari saya adalah saya suka memindahkan produk saya ke dalam bekas bersaiz travel supaya saya tidak membawa botol penuh.
3. Bagaimana anda mempersiapkan diri untuk acara besar atau photoshoot, terutama dari segi kecantikan?
Beberapa hari sebelum acara besar atau photoshoot saya hanya akan memastikan kulit saya berada dalam keadaan yang baik dan terhidrat. Saya menggunakan exfoliator yang lembut, dan semestinya sheet mask sangat membantu. Saya tidak melakukan apa-apa yang terlalu over atau baru pada kulit. Hanya berpegang pada apa yang saya tahu berkesan untuk kulit saya.
4. Apa yang anda lakukan untuk menjaga kesihatan rambut walaupun berhijab?
Walaupun saya memakai hijab hampir setiap hari, menjaga rambut masih sangat penting bagi saya. Saya cuba untuk memastikan rutin penjagaan rambut saya ringkas sahaja. Saya biasanya membuat hair oiling dalam tiga kali seminggu dan saya akan menggunakan tonik rambut dan sedikit minyak rambut selepas mencuci. la seperti rutin penjagaan diri kecil saya. Saya juga memastikan untuk tidak mengikat rambut saya di bawah hijab terlalu ketat.
5. Sejauh mana pentingnya penggunaan SPF dalam rutin kecantikan anda?
Sejujurnya, SPF sangat penting dalam rutin penjagaan kulit saya sekarang. Dulu saya seorang yang suka skip sunscreen melainkan cuaca panas di luar, tetapi setelah saya mengetahui betapa ia membantu kulit seperti bintik-bintik gelap, penuaan dan kesihatan kulit, i was like okay, ini perlu dilakukan setiap hari!
6. Apa produk kecantikan yang anda rasa sangat underrated dan perlu lebih dikenali?
Satu produk yang saya rasa sangat underrated adalah Dazzle Me matte setting spray! Saya tidak mendengar hype yang cukup mengenai produk ini. I use it everytime i’m wearing makeup! Sebagai seseorang yang mempunyai kulit berminyak, ia merupakan a game changer for me. la membantu mengunci dan membuatkan kulit saya kurang berminyak.
7. Jika anda hanya dapat menggunakan satu jenis produk kecantikan, apa yang akan anda pilih?
Sekiranya saya hanya boleh memilih satu produk kecantikan, ia sudah pasti maskara! Sejujurnya, maskara adalah game changer dalam penampilan solekan saya ia membuat makeup saya lebih fresh dan membuatkan saya berasa lebih bersiap.
8. Bagaimana anda berhadapan dengan hari-hari yang kurang keyakinan dengan penampilan diri?
Oh, itu berlaku kepada semua orang, secara jujur, apabila saya berasa kurang yakin, saya akan cuba mengingatkan diri saya bahawa ia adalah perkara biasa dan tiada siapa yang kelihatan sempurna sepanjang masa. Kadang-kadang saya akan melakukan sedikit rutin penjagaan kulit atau solekan hanya untuk saya bukan untuk menarik perhatian sesiapa, just for my own confidence. Pada masa lain, saya akan berehat dari media sosial jika ia membuatkan saya berasa terlalu overwhelmed. Dan secara jujur, bercakap dengan rakan-rakan atau menulis jurnal juga membantu. Keyakinan boleh menjadi rollercoaster, tetapi bersikap baik kepada diri sendiri adalah perkara paling penting.
Artikel Berkaitan: Chit-Chat Cantik: Alisa Mahzan