Vegan dan diformulakan menggunakan 100 peratus bahan asli termausklah bahan alkohol dan airnya, Chloe memperkenalkan haruman terbarunya, Chloé Eau de Parfu Naturelle.
Chloe, rumah fesyen ini dibangunkan sejak tahun 1952 oleh pengasasnya Gaby Aghion. DNA Chloe didefinisikan sebagai satu jenama fesyen yang kental dengan imej feminine, chic dan elegan. Barisan helaian dan aksesorinya menjadi cerminan kepada gaya wanita yang anggun dan sofistikated. Tidak hanya memberi fokus pada rekaan, Chloe cukup mementingkan etika pada setiap pemilihan material serta proses pembuatan khususnya efek kepada alam sekitar.
Terkini, mahu menjadikan hal-hal ‘sustainability’ ini sebagai satu perkara yang harus diketengahkan, maka Chloe menghasilkan haruman terbaru ini. Tambah menarik haruman ini juga dihidupkan dengan kehadiran kuntuman mawar baharu, Chloe Rose yang dianggap sebagai satu revolusi dalam pembuatan haruman Chloe. “chloe Rose adalah bunga yang mengocak pelbagai emosi dalamn saya. Ia sangat feminine dan sungguh natural,” kata Michel Almairac, pakar haruman Chloe sendiri.
Menyempurnakan tiap aroma yang terpercik daripada kelalang bersegi ini, Michel menggunakan kuntuman bunga mawar yang dipetik dari Bulgaria, dan kelopak-kelopak ros inilah yang menjadi nyawa dan nadi kepada haruman ini. Bau minyak wangi ini tambah semarak dengan kehadiran neroli, biji anggur hitam dan sitron berserta bauan asas nota sedar. Mengukuhkan lagi objektif Chloe mahu menghasilkan sebuah haruman yang seiring dengan kelestarian bumi, sitron dan neroli yang diguna pakai di dalam haruman ini dipilih dari peladang yang memenuhi ciri-ciri tertentu sebagai sebuah ladang yang mengutamakan hal kelestarian dari Maghribi dan Itali.
Begitu juga dengan bekas kaca haruman ini, 25 peratus botol kaca dan 100 peratus reben poliesternya diperbuat daripada bahan kitar semula, begitu juga dengan kotaknya. Chloé Eau de Parfum Naturelle boleh dimilik pada harga RM303 (30ml), RM443 (50ml) dan RM620 (100ml).
Baca: Harry Styles Lancar Jenama Kecantikan Uniseks