House of Dior mempersembahkan pop-up eksklusif “A Summer in Dior” dari 5 hingga 25 Jun 2024, di Centre Court Pavilion Kuala Lumpur. Rasai pengalaman eksklusif musim panas bersama Dior, membawa anda ke percutian indah French Riviera.
Bagi Christian Dior, Selatan Perancis, French Riviera sentiasa sinonim dengan kegembiraan yang terdapat dalam alam semula jadi dan warna-warna Mediterranean. Jika tahun sebelum ini One&Only Desaru menjadi saksi kemegahan jenama ini, tahun ini tidak kurang hebatnya apabila Dior memilih untuk berlokasi di Pavilion Kuala Lumpur.
Melangkah sahaja masuk, tetamu disambut dengan dekorasi yang menggabungkan rotan dan buluh, tetapi masih mengekalkan motif ikonik Dior. Toile De Jouy dalam warna Terracotta menghiasi dinding, mewakili semangat Riviera, dan mencipta suasana yang membolehkan tetamu menikmati keindahan hari musim panas yang indah. Cetakan Toile De Jouy dihidupkan sebagai arca bersaiz sebenar, dan motif harimau muncul di pop-up tersebut, menambahkan sentuhan dan keanggunan yang sesuai dengan aura Dior.
Pop-up ini menawarkan pilihan keperluan musim panas yang lengkap untuk kulit yang berseri dengan penjagaan kulit Dior Prestige, solekan, dan wangi-wangian ikonik. Tahun ini, La Collection Privée Christian Dior Dioriviera, Eden-Roc, dan Jasmin Des Anges membuat debut dalam tiga warna edisi terhad yang dihiasi dengan corak couture Toile De Jouy, serta semburan saiz travel edisi terhad. Dengan “A Summer in Dior”, House of Dior mengajak anda merasai pengalaman yang menghidupkan semula kemewahan dan keindahan Riviera Perancis di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Tiga Wangian Eksklusif Musim Panas “A Summer in Dior”:
Eden-Roc
Jika anda mencari wangian yang memikat, saya syorkan Eden-Roc dari Maison Christian Dior! Wangiannya yang segar dan mewah ini menghadirkan aura Riviera Perancis yang ikonik, mengingatkan pada kemewahan Hôtel du Cap-Eden-Roc. Eden-Roc adalah ciptaan aromatik yang menyimbolkan kecantikan semula jadi musim panas. Ia adalah gabungan bau ocean waves, hangat sinaran matahari, dan bayangan naungan yang selesa di bawah pokok pain di selatan Perancis.
Jasmin Des Anges
Bagi pengalaman yang lebih santai, Jasmin Des Anges adalah pilihan yang tepat. Menyusuri padang bunga melati di Grasse, wangian ini membawa anda ke selatan Perancis dengan haruman bunga yang memikat. Jasmin Des Anges oleh Dior adalah wangian Floral untuk wanita dan lelaki yang dilancarkan pada tahun 2018. Ia mengandungi Bergamot, Jasmine, Apricot, Osmanthus, Peach, White Musk, dan Vanilla. Cukup dengan beberapa titis, wangian ini dapat memanjangkan keseronokan musim panas anda.
Dioriviera
Bagi yang mengimpikan kisah cinta antara Christian Dior dan Riviera Perancis, Dioriviera adalah pilihan yang tepat! Wangian ironik buah-buahan floral ini menggabungkan fig trees dan bunga mawar, mencipta wangian duo yang menyegarkan menjadikannya wangian yang menggambarkan keberanian dan keseimbangan yang menyeronokkan musim panas anda.
Tetamu juga boleh menikmati konsultasi percuma dengan pakar kecantikan Dior, di mana mereka boleh menemui wangian yang sempurna daripada dunia La Collection Privée Christian Dior. Selain itu, ukiran botol peribadi ditawarkan sepanjang Pop-up berlangsung.
Untuk maklumat lanjut mengenai pop-up dan Koleksi Musim Panas, sila lawati Dior.com. atau anda boleh berkunjung langsung ke lokasi Pop-up di Centre Court, Aras 2, Pavilion Kuala Lumpur
Artikel Berkaitan: Miss Dior, Aroma Ikonik Sejak 1947