Teks : Razin Mohd
Sama ada berias ke pejabat ataupun janji temu makan malam, wajah anda bakal tampil lebih menawan bersama himpunan baharu ‘Fall for the new Classic’ daripada ARTDECO!
ARTDECO mahu anda mencuba set solekan baharu dengan palet warna elegan dan mesra dioles buat apa sahaja acara. Kali ini tampil dalam reka bentuk bekas lebih eksklusif bersama rekaan geomatri juga warna dan tekstur menarik untuk dicuba. Kami menjemput Sophia Liana (De Fam) ke studio untuk kongsikan cara dia menghasilkan solekan kegemarannya menggunakan himpunan terbaru daripada ARTDECO. Ini masanya untuk anda cuba sendiri di rumah! Ia boleh didapati secara eksklusif di Sasa.