Ckay Liow, bukan nama asing dalam industri fesyen dan kecantikan. Dia antara pendandan rambut yang on demand, baik selebriti, penggambaran kempen fesyen mahupun ratu sehari.
Pernah memenangi beberapa anugerah termasuk dua kali ditabalkan sebagai Pendandan Rambut Selebriti Pilihan di Anugerah Stail EH!, Ckay terbuka untuk berkongsi beberapa produk yang wajib ada di dalam kit dandanannya.
GHD Chronos Curve Grand Tong
“Sebab utama kenapa saya sukakan curling tong ini kerana efek rambut berombak (wavy) nampak lebih smooth dan juga dandanan tahan lebih lama. Saya dah gunakan GHD sejak lima tahun dulu.”
GHD Chronos Professional Hair Straightener
“Saya sukakan iron ini sebab ia buat rambut bukan saja nampak betul-betul lurus malah helaian rambut smooth and silky. Lagi satu ia tidak rosakkan rambut kerana habanya akan berubah mengikut kondisi rambut.”
Klik pautan INI untuk rangkaian alat dandaan GHD.
Tail Comb
“Salah satu tool wajib ada, sikat multitasking. Selain menyikat rambut saya banyak gunakan sikat ini untuk sectioning the hair.”
Sepit Rambut
“Sepit rambut it’s a must. Mana-mana pendandan rambut memerlukan pelbagai jenis sepit rambut. Saya simpankan kesemuanya dalam satu bekas yang sama.”
Schwarzkop Professional OSIS+ Smooth & Shine Flatliner
“Biasanya saya akan semburkan Smooth & Shine Flatliner ini pada rambut sebelum menggunakan alatan dandanan berhaba seperti flat iron atau hair curler. Ia baik untuk melindungi rambut daripada rosak.”
Schwarzkop Professional OSIS+ Session Extra Strong Hold Hairspray
“Antara produk yang saya gunakan sejak dulu lagi. Tapi yang ini dalam packaging dan formula yang baru. Apa yang saya suka tentang formula yang baru ini, ia tidak ada kesan putih-putih bila kita restyle rambut.”
Crimping Irom (Zig-Zag)
“Ini adalah rahsia untuk rambut nampak lebih volum. Biasanya saya akan standby dalam bagasi dan hanya gunakan jika rambut klien nipis atau teksturnya halus.”
BACA: 12 Item Solekan Kesukaan Sahir Sabri, Salah Satunya Diperkenalkan Oleh Scha Alyahya