Di era kerancakan media sosial ini, selfie antara ‘bahan’ yang sering dimuat naik. Selain solekan yang on point, selfie anda akan lebih menyerlah dengan senyuman dan sebaris gigi yang putih. Buat anda yang mencari-cari solusi untuk senyuman menawan, EH! perkenalkan Colgate Optic White FlexLight LED kit, revolusi baharu dalam pemutihan gigi.
Antara bahagian tubuh badan yang cepat rapuh dan hilang serinya adalah gigi. Kecantikan gigi yang terperinci dan teliti mempengaruhi penampilan seseorang. Gigi yang putih bukan hanya melambangkan penampilan menarik, malah ia juga tentang kualiti hidup yang lebih baik.
Mungkin masih ramai tidak tahu bahawa gaya hidup kita amat mempengaruhi kesihatan dalaman dan luaran. Apa yang kita makan misalnya, besar kesan dan pengaruhnya. Seperti amalan minum kafein terlalu kerap, ada kesannya pada warna gigi hingga menyebabkan gigi berwarna kekuningan dan sedikit coklat.
Senyuman Menawan bersama Colgate
Menyedari perlunya setiap orang tentang pentingnya penampilan gigi yang cantik dan putih, Colgate memperkenalkan Colgate Optic White FlexLight LED. Bukan sekadar pemutihan gigi biasa, produk terbaru Colgate ini menyatukan kecanggihan teknologi dengan praktikaliti agar produk ini mudah digunakan semua di rumah. Masalah gigi kuning kini punya solusinya. Colgate Optic White FlexLight LED Kit hanya perlukan anda untuk melakukan beberapa langkah mudah dalam 10 minit setiap malam!
Pilihan Pengarang, semestinya Colgate Optic White FlexLight LED Kit
Kit ini dilengkapi dengan peranti LED Colgate Optic White FlexLight dan O2 Teeth Whitening Pen. Pen pemutih ini mengandungi Active Oxygen Whitening Serum yang dapat diserap ke dalam gigi membantu memulakan proses pemutihan gigi sewaktu tidur.
Manakala untuk peranti Colgate Optic White FlexLight LED, ia menggunakan teknologi Cahaya Indigo, iaitu teknologi cahaya daripada peranti LED mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi daripada cahaya biru, lantas mempercepatkan proses pemutihan oksigen aktif.
Dibentukan dalam bentuk mulut untuk mengaktifkan serum Active Oxygen Whitening dari O2 Pen ke dalam enamel, mencapai tiga tona warna pemutih dan hanya perlu pakai peranti FlexLight LED selama 10 minit setiap malam, ia membantu anda mencapai keputihan gigi yang diidamkan. Menarik bukan?
Colgate Optic White FlexLight LED Kit, mudah!
Salah satu aspek paling unik yang ada dalam peranti FlexLight LED ini ialah ia mudah digunakan dan boleh dikuasakan melalui telefon anda. Hanya sambungkan ke telefon pintar IOS atau Android dan tekan butang kuasa-aktif selepas menggunakan Active Oxygen Whitening Serum untuk memulakan rawatan 10 minit.
Cara Menggunakan Colgate Optic White FlexLight LED
- Selepas memberus, keringkan gigi menggunakan tisu
- Sapukan serum pemutih Oksigen Aktif daripada O2 Teeth Whitening Pen pada gigi anda
- Pakai peranti Optic White FlexLight LED selama 10 minit untuk mempercepatkan tindakan pemutihan oksigen aktif
- Tidak perlu gosok gigi, anda sudah sedia untuk tidur terus dan biarkan pemutihan berfungsi sendiri semasa anda tidur.
Peranti LED akan berbunyi bip pertama untuk memberitahu anda lima minit telah berlalu, kemudian berbunyi bip sekali lagi dan ia akan berhenti secara automatik sendiri apabila rawatan selesai. Mudah sahaja!
Juga ia mempunyai ciri mudah alihnya yang ringan, mudah disepadukan ke dalam rutin waktu malam anda semasa dalam perjalanan, tidak kira di mana anda berada.
Dengan bantuan peranti gigi ini, anda dapat meningkatkan keyakinan diri dengan senyuman yang mempesonakan. Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang Colgate Optic White FlexLight LED Kit, kunjungi laman portal rasmi mereka dan dapatkan produk ini DISINI, Shopee, Lazada dan Watsons.
Baca: Red Carpet Ready Bersama Eyka, Bella, Manggis & Nadia Brian