Girlies! Jangan pernah datang ke pejabat dengan muka pucat dan penampilan lesu. Hari bekerja mngkin panjang, tetapi itu bukan alasan untuk nampak anda seperti baru bangun tidur.
Daripada meeting bersama bos hingga berbual dengan rakan sekerja, penampilan kemas boleh membantu kita tingkatkan keyakinan diri sepanjang hari.
Sebab itu, ada beberapa barang kecil yang wajib anda letak di dalam beg anda. Bukan untuk berlebih-lebih, tetapi cukup untuk membuatkan anda rasa fresh, selesa dan bersedia untuk menghadapi hari di pejabat.
Ini 6 office essentials yang anda boleh bawa ke mana-mana!
1. Floss Untuk Nafas Lebih Fresh

Selalunya selepas makan tengahari, perkara terakhir yang anda mahu ialah sisa makanan masih terselit ketika kita perlu bercakap dengan orang lain.
Sebab itu, floss seperti Oral-B Dental Floss boleh mejadi penyelamat kecil di dalam beg anda.
Gunakannya selepas makan, terutama sebelum masuk ke meeting atau apabila perlu berkomunikasi rapat dengan rakan sekerja.
Tidak perlu tunggu sehinggan ada presentation besar. Kebersihan mulut tetap penting sepanjang hari!
2. Eye Drops Untuk Mata Yang Lebih Segar

Kalau kita duduk lama dalam pejabat lagi-lagi dibawah penghawa dingin, menghadap skrin dan kurang bergerak juga boleh membuatkan mata terasa kering.
Lebih-lebih lagi apabila kerja menimbun dan mata mula kelihatan letih.
Anda boleh simpan Rohto Aqua Eye Drops dalam beg untuk digunakan apabila mata terasa kering atau tidak selesa.
Sensasi sejuknya juga boleh membuatkan mata terasa lebih segar, terutama ketika anda mula rasa mengantuk pada waktu petang.
Namun, eye drops bukan pengganti tidur yang cukup! Jika mata kerap kering atau sakit, anda harus dapatkan nasihat profesional kesihatan mata.
3. Perfume Untuk Bau Yang Menyenangkan

Perfume bukan untuk membuatkan anda berbau wangi sahaja. Tetapi, dalam ruang pejabat yang dikongsi bersama orang lain, pemilihan haruman juga perlu dipertimbangkan.
Pilih satu perfume yang feminine, fresh dan mudah didekati seperti Coach Floral Eau de Parfum.
Haruman yang lebih lembut dan lebih kewanitaan membuatkan orang di sekeliling rasa lebih selesa, terutama sekali apabila anda perlu duduk bersebelahan ketika meeting.
Tip untuk di pejabat, beberapa semburan di leher dan di pergelangan tahan pun sudah cukup untuk bau itu melekat.
4. Gincu Untuk Wajah Yang Lebih Hidup

Kalau ada satu makeup item yang anda boleh bawa di dalam beg, ia semestinya lipstick kerana ia boleh mengubah wajah anda dalam beberapa saat sahaja.
Untuk penampilan harian, pilih warna yang mudah untuk anda padankan dengan pakaian kerja anda seperti Anastasia Beverly Hills Matte & Satin Velvet Lipstick dalam kod Honey Taupe.
Warna yang neutral seperti ini memberikan anda sedikit definisi pada bibir tanpa membuatkan penampilan kelihatan terlalu sarat.
Pilih kemasan velvet atau satin jika anda mahukan bibir yang kelihatan smooth dan munggil berbanding kemasan matte sepenuhnya yang membuatkan bibir kita nampak kering.
5. Eyeshadow Dalam Warna Neutral

Tak semua hari memerlukan smokey eye yang dramatik.
Kalau untuk ke pejabat, palet seperti Makeup By Mario Ethereal Eyes™ Eyeshadow Palette boleh menjadi antara pilihan yang paling tepat sebab palet ini mempunyai pilihan tona neutral dan warm yang mudah untuk digayakan sebagai penampilan harian.
Disarankan untuk anda menggunakan warna nude atau neutral bagi menghasilkan solekan mata yang lebih soft dan kemas.
Hasilnya cukup untuk membuatkan mata kelihatan lebih tone-up, tanpa mengambil perhatian daripada keseluruhan penampilan.
6. Hand Cream Untuk Tangan Yang Lebih Terjaga

Pejabat yang sejuk dan berhawa dingin boleh membuatkan kulit terasa lebih kering, lagi-lagi pada tangan kita.
Sebab itu, hand cream juga patut mempunyai ruang dalam beg anda.
Cuba Drunk Elephant Lala Retro™ Whipped Cream atau pilih hand cream yang sesuai mengikut kulit anda untuk memastikan tangan anda lebih lembut dari pagi sampai petang.
Hand cream ini mempunyai tesktur yang berlemak dan tebal, ia sesuai untuk dipakai ketika anda duduk dibawah penghawa dingin dan boleh melindungi lapisan kulit anda.
Formula ini turut membantu menjaga penampilan kulit tangan dan tanda-tanda penuaan.
Sedikit krim sudah mencukupi. Tak perlu sampai tangan terasa terlalu bermintak sehingga menganggu keselesaan anda!
Baca: Jangan Main Lukis! Ini Tip & Trik Lip Liner Untuk Bibir Lebih Cantik
