Menyelongkar kehebatan Gold Peptide Crystal dan Youthglow Active elemen utama untuk efek kulit lebih bersinar dan awet muda.
Kulit kembali remaja adalah impian setiap wanita. Crystallure oleh Wardah merupakan jenama premium penjagaan kulit halal yang ditubuhkan sejak 2019 di bawah Paragon Teknologi Inovasi. Dua elemen yang dipertengahkan ini adalah daripada hasil kajian selama 10 tahun yang menjanjikan keajaiban untuk kulit awet muda.
Set penjagaan kulit ini sememanganya aktif dalam anti-penuaan malah menangkap ‘Crystallure Effect’. Kandungan Gold Peptide Crystals ini adalah 90 kali lebih kukuh berbanding peptide biasa. Malah, melindungi kulit secara natural dan licin. Manakala YouthGlow Active kaya dengan mikro organisma yang hidup dalam persekitaran ekstrem. Sebab itu, ia memberi kesan kekal remaja dan bersinar.
Ketahui lebih mendalam mengenai rangkaian lengkap produk Crystallure sebagai panduan mudah anda :
Adakah rangkaian ini yang mengandungi Gold Peptide Crystals selamat digunakan ?
Ia selamat digunakan. Kerana secara klinikal sudah dibuat uji kaji Kandungan emas dalam produk kecantikan sudah lama dipraktikan untuk membuat kulit lebih bersinar.
Adakah wanita mengandung boleh menggunakan Crystallure Supreme Double Action Micellar Gel ?
Ya, boleh digunakan. Produk ini selamat digunakan oleh wanita mengandung atau tengah breastfreed. Gunakan dua kali sekali iaitu pagi dan malam. Penambahan hormon dalam badan kadang-kala menyebabkan kulit lebih sensitif, jangan risau kerana produk telah dipantau oleh dermatologis bertauliah. Namun, jangan menggunakannya berlebihan, dikhuatiri mengundang alergi.
Apakah perbezaan Crystallure Booster Essence dengan essence di luar?
Ia mengandungi bahan konsentrasi aktif agen anti-penuaan, iaitu 10 kali ganda daripada Gold Peptide Crystal untuk merangsang keserapan nutrisi serum.
Bagaimana cara pengunaan Crystallure Supreme Revitalizing Oil Serum?
Serum minyak ini diperbuat daripada 7 jenis minyak botanikal yang memberi kelembapan berganda.Dan cepat serap tanpa disedari. Anda boleh menggunakan selepas esen dan sebelum pelembap kulit. Selain itu, boleh juga disapukan pada badan dan rambut.
Tip dan trik penyapuan krim mata ?
Sebelum aplikasi, pastikan kedua belah tangan dan jari bersih dan bebas daripada bauan atau kesan daripada produk yang digunakan sebelum. Jangan terlalu dengan mata kerana sewaktu anda tidur, krim mata ini akan menyebabkan iritasi yang membawa kepada lingkaran hitam bawah mata. Sapukan krim menggunakan jari manis dan urut secara menyeluruh.
Adakah kulit berjerawat sesuai menggunakan Revitalizing Rich Cream untuk krim siang?
Tidak. Kerana kulit berjerawat ini mengeluarkan minyak berlebihan dan ianya adalah tidak digalakan
Siapakah seharusnya menggunakan krim malam?
Anda yang mengalami masalah penuaan seperti kering, tidak sekata, punya bitnik hitam ketara, kedutan dan permukaan kulit kasar. Produk ini mengandungi GrandActive Retinoid dan Vitamin A.
Apakah masa yang sesuai menggunakan gel Hydra?
Boleh digunakan pada bila-bila masa jika kulit terasa kering. Paling sesuai pada belah pagi sebelum memulakan sebarang aktiviti dan malam selepas habis aktviti. Jangan lupa salap krim tabir suria selepas menggunakan gel Hydra.
Dimanakah produk ini boleh dibeli ?
Anda boleh dapatkan Crystallure untuk Wardah di Shopee, Watsons dan Guardian.