Saya melihat sekeping dua gambar belakang tabir penggambaran kempen baharu Chanel No 5 yang dimuat di Instagram Chanel Beauty, saya terpikat melihat mata Marion Cotillard yang berkilat-kilat saat terkena cahaya. Kelopak matanya bagaikan bersepuh emas, sajak sekali dengan gaun renda yang membaluti tubuhnya. Lantas saya cuba dapatkan item-item yang diguna oleh Lucia Pica, pereka kreatif mekap dan warna global Chanel.
Untuk asas solekan Lucia menggunakan Les Beiges Eau De Teint (medium dan medium light), iaitu bedak asas Chanel yang sedang tular sekarang. Kemudian dia mengunci sasas solekan itu dengan Les Beiges Pouder Belle Mine Naturelle.
Baca lanjut kisah Chanel Pameran Gabrielle Chanel Fashion Manifesto di Paris
Macam yang saya cakap tadi saya terpikat dengan solekan mata Marion, rupanya Lucia menggunakan Les 4 Ombres – No 308 Clair-Obscur iaitu palet pembayang mata dalam ton tanah bercampur ton keemasan. Lucia melengkapkan solekan mata dengan pensel mata warna Espresso dan maskara. Kesan berkilat-kilat pada kelopak mata Marion itu adalah efek sapuan Baume Essential dalam kod Transparent. Item ini juga boleh dijadikan sebagai penyerlah (highlighter).
Bibir bintang filem Perancis ini pula dicalit dengan Rouge Allure Velvet No38 La Fascinate selepas dibentuk dengan pensel bibir Le Crayon Levres- No152 Clear.
Layari Chanel untuk himpunan alat solek terkini.