‘Freedom’ atau terjemahan terusnya kebebasan mempunyai definisi berbeza bagi setiap dari kita. Kebebasan boleh jadi pengertian tentang memenuhi semua kemahuan, menjadi diri sendiri, berkongsi pendapat dan sebagainya. Apa pengertian kebebasan bagi anda?
YSL Beauty memperkenalkan edisi baharu haruman ikonik era modennya, Libre dalam versi yang lebih pekat dan memukau, Libre Eau De Parfum (EDP) yang menghubungkan karakter sebuah haruman yang berjiwa feminine dengan sentuhan elemen maskulin dalam menterjemahkan identity YSL sendiri yang mengangkat soal kebebeasan sebagai elemen utama dalam setiap ihamnya.
Kelalang jernih dengan metal keemasan tertera logo YSL ini menghimpunkan nota-nota haruman segar, dari orange blossom yang penuh dengan ritma sensual, nota bunga-bungaan yang memercikan elemen feminine hinggalah kehadiran musk accord yang membuatkan haruman ini lebih pekat dan mewah baunya. Turut menyempurnakan haruman ini adalah kehadiran vanila dan amber yang menjadi nadi maskulin pada haruman ini. Elemen aroma yang menonjol ini menjadi istilah tepat dalam menterjemahkan elemen maskulin dalam aura rumah fesyen ini yang mana mereka menggunapakai kuasa gaya kelakian dan dihembuskan nafasnya kepada ilham dan karya yang berjasad kewanitaan.
Istimewa meraikan ketibaan Libre EDP ini, EH! mengundang enam figura trending masa kini untuk berkongsi istilah kebebasan mereka bersama Libre. Daiyan Trisha, Mimi Lana bersama empat gadis dengan pakej hebat, DOLLA berkongsi definisi kebebasan mereka.
“Freedom is Power” – Daiyan Trisha
Penyanyi yang baharu sahaja melancarkan video muzik terbaru ‘Penat’ ini kami lihat memang benar-benar menghargai kebebasan dalam berkarya. Baginya kebebasan itu adalah satu kuasa, kebolehan mengatur dan memenuhi kemahuan dan keinginan.
“Freedom Is To Be Able To Express Yourself” – DOLLA
DOLLA, kumpulan muzik wanita generasi-Z yang Berjaya membawa pembaharuan dalam arus muzik semasa tanahair. Kebolehan DOLLA menyanyi serta menari mungkin bukan sesuatu yang baharu, namun keupayaan mereka menyatukan attitude, karakter dan fesyen adalah sesuatu yang unik. Menyatukan semuadalam muzik mereka adalah satu ruang untuk mereka berekpresi, inilah definisi kebebasan yang mereka mahukan, kebebasan dalam berkarya.
“Freedom is Being You Without Anyone’s Permission”- Mimi Lana
Bukan nama baharu, sudah lama bertapak di bidang seni, sejak usianya belasan tahun. Mimi mencorakkan kerjaya seninya dengan aturan sendiri. Dia tidak terikat dengan mana-mana perancangan atau strategi konvensional, dia percaya menjadi diri sendiri adalah langkah terbaik untuk meletakkan dirinya di satu ruang yang tersendiri di dalam industri seni.
Layari yslbeauty.com.my untuk kemas kini item dan promosi terbaru YSL Beauty.