Bintang Korea ibarat trendsetter yang memegang denyut nadi dunia, baik fesyen mahupun kecantikan. Apa sahaja yang disentuh mereka boleh bertukar menjadi next big thing. Produk yang sekadar muncul beberapa saat dalam rutin harian boleh menjadi buruan dan internet pula menjadi pentas untuk fenomena itu terus berkembang. K-beauty influence is not slowing down anytime soon malah, pengaruhnya kini terus merentas sempadan dan menentukan apa yang bakal menjadi next beauty obsession.
Boleh dikatakan, jenama kecantikan antarabangsa kini semakin berlumba-lumba menggandingkan nama-nama besar Korea sebagai wajah global mereka. Pengaruh mereka bukan sekadar bersandarkan jumlah pengikut di media sosial, tetapi juga keupayaan mencetuskan perbualan, membina hubungan erat dengan komuniti digital serta mengubah sesuatu beauty look menjadi inspirasi buat jutaan peminat di seluruh dunia. Dalam erti kata lain, selebriti Korea kini bukan sekadar wajah kempen, tetapi turut menjadi pemacu penting yang membentuk landskap fesyen, gaya hidup dan kecantikan global.
Jadi, siapa antara bintang Korea yang kini menjadi wajah kepada jenama kecantikan global? Ini sepuluh nama yang anda patut tahu.
Dari Jisoo Hingga Jung Kook, Ini Sepuluh Bintang Korea Bergelar Duta Jenama Kecantikan Global;
1. Jisoo, Dior Beauty
Kalau bercakap tentang bintang Korea dalam dunia kecantikan, Jisoo sememangnya antara nama yang paling sinonim dengan beauty ambassador. Anggota BLACKPINK ini merupakan duta bagi jenama Dior untuk fesyen dan kecantikan, dan sejak bersama Dior, penampilannya sering menjadi perhatian peminat di seluruh dunia. Jisoo cukup dikenali dengan gaya kecantikan yang feminin daripada kulit yang radiant, rona solekan yang lembut hingga bibir berkilau. Penampilannya tidak pernah berlebihan, cukup untuk membuatkan orang berhenti dan memandang.

2. ROSÉ, YSL Beauty
Selepas sekian lama menjadi antara wajah penting Saint Laurent, Rosé mengukuhkan lagi hubungannya dengan jenama Perancis itu apabila dilantik sebagai Duta global YSL Beauty pada Januari 2025. Pelantikan ini membawa pengaruhnya daripada dunia fesyen ke arena kecantikan, selari dengan imej Rosé yang cukup sinonim dengan gaya cool girl sedikit edgy dan effortlessly chic. Daripada solekan yang lembut hingga statement lip, Rosé seolah-olah mempunyai cara tersendiri untuk membuatkan sesuatu yang ringkas kelihatan meawah, menjadikannya padanan sempurna untuk YSL Beauty.

3. LISA, Shiseido
Pada 9 Februari 2026, Shiseido mengumumkan Lalisa atau Lisa sebagai Global Ambassador untuk ULTIMUNE. Menerusi kempen pertamanya, “FAST. SLOW. FREE.”, Lisa berkongsi perjalanan penjagaan kulit serta hubungannya dengan ULTIMUNE, sambil mengetengahkan pendekatan skincare yang lebih personal dan seimbang. Dengan aura confident, kulit yang sentiasa kelihatan glowing dan pengaruhnya sebagai artis Asia di pentas antarabangsa, Lisa seolah-olah menjadi cahaya yang menghidupkan cerita ULTIMUNE.

4. Jennie, Vaseline
Tidak lengkap rasanya senarai ini tanpa Jennie yang baru sahaja diumumkan sebagai duta global Vaseline untuk kategori body care pada Mei 2026. Kerjasama ini mengetengahkan rutin penjagaan kulit badan Jennie bersama produk seperti Gluta-Hya dan rangkaian Pro Derma, sekali gus membawa mesej bahawa kulit yang sihat tidak seharusnya terhad pada wajah sahaja. Dengan imej Jennie yang sentiasa glowing, pemilihannya cukup tepat untuk kempen tersebut.

5. Mingyu, Innisfree
Dengan visual clean-cut, kulit flawless dan aura boyfriend material, ahli SEVENTEEN ini dilantik sebagai Global Innisfree pada 2023, membawa imej yang lebih youthful dan energetic kepada jenama skincare Korea tersebut. Kerjasama itu turut memperlihatkan Mingyu bersama Jang Wonyoung menerusi kempen The New Isle, yang mengetengahkan pendekatan baharu Innisfree terhadap kecantikan berasaskan alam semula jadi. Kehadiran Mingyu juga mencerminkan bagaimana budaya skincare semakin menjadi sebahagian daripada gaya hidup lelaki moden.

6. IU, Estée Lauder
Mempunyai daya tarikan yang tersendiri, aura IU cukup kuat untuk membuatkan semua mata tertumpu kepadanya. Pada April 2024, penyanyi dan pelakon Korea Selatan itu dilantik sebagai Global Brand Ambassador Estée Lauder, menjadikannya wanita Korea pertama yang memegang peranan global tersebut untuk jenama berkenaan. IU kemudiannya tampil dalam kempen untuk beberapa produk ikonik Estée Lauder, termasuk Advanced Night Repair dan Double Wear. Pengaruhnya yang mampu merentasi generasi, ditambah dengan hubungan rapat bersama peminat di seluruh dunia, menjadikan IU padanan yang cukup kuat untuk jenama tersebut.

7. Jin, Laneige
Gelaran Worldwide Handsome kini hadir dengan satu lagi title iaitu Global Ambassador Laneige. Kerjasamanya bersama Laneige bermula menerusi kempen global Cream Skin Cerapeptide™ Refiner, salah satu produk ikonik jenama tersebut. Dengan imej yang youthful dan kulit yang sentiasa kelihatan sihat, Jin sememangnya padanan yang cukup sempurna untuk dunia kecantikan. Pelantikannya juga mencerminkan perubahan dalam landskap kecantikan hari ini, apabila representasi lelaki semakin mendapat tempat membuktikan bahawa skincare, grooming dan self-care bukan lagi sekadar beauty territory untuk wanita.

8. Yoona, Sulwhasoo
Daripada era Girls’ Generation hingga ke pentas K-pop hari ini, Yoona terus kekal sebagai Korean beauty icons yang cukup dikenali. Pada 28 Februari 2025, Sulwhasoo mengumumkan Yoona sebagai Global Ambassador baharu jenama tersebut, dengan peranan untuk membawa nilai dan naratif Sulwhasoo kepada pengguna di seluruh dunia. Selain perjalanan kariernya yang terus berkembang selari dengan falsafah “Holistic Beauty” Sulwhasoo yang melihat kecantikan sebagai sesuatu yang berkembang dan semakin mendalam dari masa ke masa. Yoona juga memulakan peranannya menerusi kempen global First Care Activating Serum.

9. Song Hye Kyo, Guerlain
Song Hye Kyo hadir dengan aura kecantikan yang lebih timeless, elegan dan luxurious. Selepas dilantik sebagai Asia-Pacific Ambassador untuk Skincare dan Makeup pada Januari 2025, hubungan pelakon Korea Selatan itu bersama maison Perancis tersebut terus berkembang. Kini, pada 2026, Song Hye Kyo menggalas peranan sebagai Global Ambassador Guerlain, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai antara wajah Korea yang berpengaruh dalam dunia kecantikan global.

10. Jung Kook, Chanel Beauty
Jung Kook mencuri perhatian dunia kecantikan apabila Chanel mengumumkannya sebagai duta global untuk Fragrance & Beauty pada Disember 2025, sekali gus menjadikannya antara wajah lelaki penting dalam dunia kecantikan mewah. Dalam peranan ini, bintang BTS tersebut mewakili rangkaian wangian dan kecantikan Chanel, membawa sisi yang lebih moden dan segar kepada imej maison itu. Pemilihannya juga dilihat selari dengan perjalanan artistik serta pendekatannya terhadap ekspresi diri yang mampu dekat dengan generasi baharu.

Artikel Berkaitan: 5 Gaya Mekap Zendaya yang Menyerlahkan Evolusi Beauty Look-nya
