Daiyan Trisha dan Jasmine Suraya, penyeri Dior Beauty Live, meraih sambutan luar jangkaan.
Tanggal 29 Mac pastinya mencatat sejarah tersendiri bagi Dior Malaysia apabila buat julung kalinya mereka menganjurkan Dior Beauty Live, satu projek tutorial secara langsung buat semua penggemarnya.
Diserikan dengan kehadiran penyanyi-penulis lagu, Daiyan Trisha dan juga diacarakan oleh aktres jelita, Jasmine Suraya, acara ini juga menampilkan jurusolek Dior Malaysia, Zaidi Zain. Berlangsung selama 45 minit, Dior Beauty Live dilihat sebagai satu projek yang sangat menarik yang mana ia bukan sahaja untuk mendekatkan peserta dengan rangkaian produk terkini Dior Beauty, ia juga sarat dengan tip dan panduan kecantikan.
Di ‘siaran langsung’ ini Zaidi berkongsi beberapa langkah mudah berserta trik menarik dalam solekan. Menjadikan wajah Daiyan Trisha sebagai kanvas karyanya, Zaidi mencipta gaya solekan yang cukup menarik hanya dengan beberapa trik bijak, misalnya menggunakan serum dalam mencipta ton pembayang mata yang lebih pekat dan menyerlah.
MERAIKAN DIOR ADDICT
Apa yang menariknya tentang Dior Beauty Live ini ialah ia adalah satu keraian buat Dior Addict, satu koelksi gincu yang memang sudah ikonik di Dior. Jika ikut sejarah DIor Addict tidak terhad kepada gincu semata, ia juga pernah diserikan dengan rangkaian haruman yang cukup seksi dan chic.
“Dalam banyak-banyak item solekan saya rasa gincu adalah yang paling penting. Ia yang menghidupkan wajah kita. Lagi satu, saya suka bedak kusyen, ia adalah. Item yang akan saya bawa di dalam tas tangan ke mana-mana saya pergi,” luah Daiyan Trisha sewaktu live ini berlangsung. Malam itu juga Zaidi mencalitkan gincu Dior Addict kod nombor 8 ke bibir mungil Daiyan, yang mana ton ini cukup istimewa dan ikonik, dan sememangnya nombor lapan itu sendiri adalah angka kesukaan Mr Christian Dior.
Menutup acara malam tersebut, Jasmine Suraya juga dicalitkan dengan salah satu gincu Dior Addict, dan Zaidi menyapukan kod 100 dan 720 dengan teknik ala Korea, gaya gradien yang sememangnya popular. “Saya nak nampak macam Jisoo,” senda Jasmine.
Apa yang lebih istimewa, para peserta yang menyertai live ini juga berpeluang memenangi hadiah istimewa dari Dior menerusi kiz mudah selain berpeluang membeli produk Dior yang tampil dengan pakej istimewa.
GET THE LOOK
EH! kongsikan item-item penting yang digunakan untuk mendapatkan gaya solekan yang ditampilkan oleh Daiyan Trisha (Shine Attitude) dan Jasmine Suraya (K-makeup).