Perkongsian definisi kebebasan tiga wanita pilihan LIBRE Eau De Parfum ini membuat kita sedar betapa luasnya erti sebuah kebebasan. Kehangatan aroma disebalik kelembutan bunga-bungaan menyerlahkan personaliti ultra-feminin yang cuba disampaikan menerusi sebotol haruman.
Kebebasan merupakan idaman setiap wanita dalam kehidupan. FREE. That’s the one word that defines Yves Saint Laurent. Wangian terkini daripada YSL Beauty, Libre menghembus aura eksperimental dalam meraikan kebebasan dan keperibadian serta menyuntik minda dengan serakan segar dalam mengejar kekuatan diri.
Karya agung ciptaan pakar haruman terkenal, Anne Flipo dan Carlos Benaïm ini cuba membawakan kelainan dengan menggabungkan elemen maskulin dan feminin dalam satu formula yang cukup berani. Pati bunga Lavender dari Provence, Perancis diadun dengan kuntuman Orange Blossom membuatkan haruman ini beraroma lebih hangat. Turut diramu di dalam haruman ini ialah vanila yang diambil dari Madagascar dan bau klasik ambergris dari Grisalva membuatkan Libre lebih menyerlah karakternya sebagai sebuah haruman floral. Menyorot kembali kisah intipati Libre ini, ia sebenarnya menghidupkan kembali elemen tradisi ‘Flower of Fire’ pada tahun 1977. Opium salah satu aroma yang melambangkan abad ke-20. Pemilihan bunga-bungaan oleh Yves Saint Laurent sering sahaja berbeza, lantas mencerminkan satu semangat kebebasan rumah fesyen Paris ini. Karakter LIBRE Eau De Parfum agak kental, dan seperti dinyatakan tadi elemen maskulin turut cuba dihidupkan di dalam haruman berkelalang jernih yang menyerlah rona keemasannya.
EH! mahu anda membawa anda menyelami setiap nota haruman yang dihidupkan dengan sentuhan couture di dalam LIBRE Eau De Parfum ini. DIVA LAVENDER melalui proses kultivar baharu dalam mengekalkan kesegaran dan keharuman bunga ini yang ditanam di kawasan pergunungan sekitar Provence. Setiap proses dilakukan menggunakan tangan sehinggalah terhasilnya pati minyak, 100 peratus semula jadi.
LAVANDIN HEART pula sering digunakan sebagai pewangi pakaian sejak era pemerintahan Rom yang merupakan kacukan dua bunga lavender liar. Hanya kepala bunga yang baru dipetik dan disuling bersama wap untuk mengekalkan kesegaran. Proses ini hanya eksklusif di Yves Saint Laurent. Kehangatan VANILLA BOURBON PURE JUNGLE ESSENSETM melalui proses pengeringan selama enam bulan untuk membangkitkan aromanya. Vanila yang digunakan YSL Beauty diperoleh secara sustainable di Madagascar melalui program komuniti untuk hasil yang terbaik. Orange Blossom bunga unik dan digemari oleh Carlos Benaïm menggabungkan elemen eksklusif. Bunga ini ditanam di kawasan Rabat-Salé-Kenitra di Maghribi.
Aura tarikan sensual ternyata menonjol disebalik rantai emas nan terlilit rapi di bahagian leher pemicu haruman ini, tambah pula dengan rekaan penutupnya yang asimetrikal, dan logo ikonik Cassandre ‘YSL’ melintang. Penampilan botol yang direka sedemikian sekaligus mendefiniskan kebebasan yang mahu disampaikan menerusi ‘Libre’, cukup berbeza dan bold. Kelalang kecil ini menghubungkan ilham maskulin dan feminin, persis sut Yves Saint Laurent. Oleh itu, LIBRE Eau De Parfum adalah contoh terbaik gaya teras dan inovasi Yves Saint Laurent dalam dunia fesyen dan kecantikan global, dan mengapa ia menjadi kegemaran setiap wanita seluruh dunia.
Penyanyi sensasi masa kini, Dua Lipa disunting menjadi ‘pelantun’ kebebasan yang cuba disampaikan oleh YSL Beauty menerusi LIBRE Eau De Parfum. Populariti dan personaliti menjadi ciri yang memang dicari, cukup sempurna menyampaikan mesej YSL. “ To be free for a woman in 2019 goes without asking. We live life by our own rules,” luahnya. Sejak album debutnya muncul pada tahun 2017, Dua Lipa terus pantas memacu pelbagai kejayaan, pelbagai rekod dipecahkan juga sudah banyak trofi berada di dalam genggamannya.
Dua Lipa pernah dicalonkan untuk lima kategori di Anugerah Brit 2018. Video muzik ‘New Rules’ yang menyampaikan mesej pemerkasaan wanita juga sudah mencatat satu bilion tontonan di YouTube sekaligus menjadikan dia penyanyi wanita termuda yang pernah memegang rekod ini. Dia adalah ikon fesyen dan kecantikan generasi hari ini.
Artikel berkaitan Daiyan Trisha, DOLLA & Mimi Lana, Mendefinisi Kebebasan Bersama Haruman Ikonik, LIBRE
Kempen #IAMLIBRE menyambut pandangan dan definisi ‘FREEDOM’ bersama barisan DJ wanita lokal yang punya kisah tersendiri untuk dikongsikan bersama para wanita seluruh dunia. DJ ARABYRD, DJ IRAMA dan DJ AIDAHO bersatu dalam menyampaikan mesej luar biasa menerusi siri kempen #IAMLIBRE. Tiga personaliti ini amat menyanjungi ilham ekslusif menerusi wangian LIBRE Eau De Parfum dalam kehidupan harian mereka.
Videografi JACKIE MAH, ONE3FOURSTUDIO, Gambar EDMUND LEE, ONE3FOURSTUDIO, Pengarah Kreatif NISA’ HALID, Pengurus Projek JULIA AZMAN dibantu oleh ALISHA AZUDDIN & AZIZ DRAIM, Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Solekan SHIYO JO, Dandanan CODY CHUA, Pakaian AllSaints, Moschino, Karl Lagerfeld & Manolo Blahnik