Apa Definisi Kecantikan Bagi Jameela?
“Saya tidak tahu apa itu kecantikan! Kecantikan adalah sangat subjektif dan kecantikan itu sementara. Ia berada di dalam dan di luar, tetapi bukan untuk mana-mana individu atau sekumpulan individu untuk membuat keputusan tentang apa yang cantik,” ungkap Jameela setelah dia diminta untuk menerangkan apa yang dimaksudkan dengan kecantikan.
Kiranya, ia lebih senang diucapkan daripada dilakukan; lebih-lebih lagi jika kita selalu melihat foto-foto yang sempurna dari model-model “menarik” secara konvensional dalam iklan kecantikan. Oleh itu, gambaran kecantikan yang tidak realistik adalah salah satu penemuan penting yang diketengahkan dalam The Body Shop Global Self-Love Index juga, yang melaporkan bahawa sebilangan besar orang di seluruh dunia berpendapat bahawa industri kecantikan boleh memberi kesan negatif terhadap keyakinan diri. Di antara penyumbang terbesar kesan negatif terhadap industri kecantikan, tuntutan yang tidak realistik menjadi tempat teratas, diikuti dengan gambar-gambar yang menggunakan airbrush atau photoshop.
Setelah secara terbuka melontarkan pendapat tentang isu selebriti supaya berhenti menyiarkan foto yang telah di “airbrushed” di masa lalu, Jameela berkongsi: “When we edit our own photographs, we’re setting ourselves up for failure.” Selain itu, “Saya tidak mahu penggunaan airbrushing atau photoshop kerana itu membuatkan saya merasa tidak enak dengan diri sendiri. Saya perlu biasa dengan wajah sendiri. Wanita sememangnya cantik dengan cara istimewa tersendiri dan saya mahu kita merasa lebih baik mengenai sesuatu perkara seperti adanya garisan atau kekurangan simetri pada wajah.” katanya. Sebagai etnik minoriti, Jameela ingin kelihatan seperti dari mana asal usulnya dan dengan perasaan bangga.
Meraikan Keaslian Diri dan Tetapkan Batasan
Dari menghubungi orang yang dikasihi melalui aplikasi Zoom atau mengatur sesi secara “live” di Instagram, tidak ada keraguan bahawa dunia dengan internet sangat membantu kami untuk terus berhubung antara satu sama lain terutama semasa wabak ini. Namun, tanpa disedari media sosial boleh juga berubah menjadi keadaan yang merbahaya? Bagaimana kita dapat memastikan bahawa kita tidak menjadi mangsa cabaran-cabaran dan trend di media sosial yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental?
Merujuk kepada penemuan penting yang lain dalam kempen The Body Shop’s Global Self-Love Index, mendapati bahawa pengguna media sosial yang tinggi mempunyai tahap cinta diri yang lebih rendah. Sara menasihati: “Kita tidak dapat menggantikan hubungan yang tulen dengan media sosial. Sangat penting bagi kita untuk mempunyai batasan mengenai kandungan apa yang diikuti, kandungan apa yang kita sokong dan platform apa yang kita sokong hanya dengan menggunakannya – serta berapa banyak masa yang kita habiskan untuknya. Kita tidak mempunyai agensi mengenai apa yang selalu kita jalani, tetapi kita boleh mengambil tanggungjawab sekurang-kurangnya untuk apa yang kita pilih sama ada untuk diikuti atau tidak.”
Ketika bercakap mengenai “content” di skrin digital, Jameela tentu mengetahui satu atau dua perkara mengenai perkara ini. Ketika ditanya mengenai rutin cintakan dirinya, pelakon itu secara playful memperkatakan bahawa “Saya duduk di bilik tidur, memegang telefon, dan mute serta unfollow orang.” Tambahannya “Saya rasa ia sangat baik untuk kulit saya. Ia menjadikan kulit saya lebih lembut dan berbau lebih baik kerana saya menyingkirkan semua racun dari timeline saya,” jelasnya dengan penuh bersahaja dan lucu (tetapi sangat tepat).