Huda Kattan yang juga pengasas jenama kecantikan terkemuka, Huda Beauty pernah mengejutkan industri ini apabila dia berjaya mengaut keuntungan 1.2 $ Billion dalam tempoh singkat.
Huda Kattan merupakan salah seorang daripada 25 individu paling berkuasa di laman Internet oleh Time Magazine dan Digital Innovator of the Year by Women’s Wear Daily. Kredibilitinya tidak disangkal lagi, bergelar seorang usahawan, jurusolek selebriti Hollywood dan Content Creator. Malah, dia juga menampilkan ruang blog tersendiri di laman HudaBeauty.com serta melancarkan segmen Youtube untuk Beauty Tutorial. Huda Kattan cukup terkenal dengan signature solekan tebal berjaya meraih perhatian jutaan wanita. Huda Beauty ini juga turut mendapat sokongan daripada adik-beradiknya Mona dan Alya. Kali pertama Huda Beauty berada dalam gedung kecantikan, Sephora Dubai melalui jualan bulu mata palsu ianya dikatakan fenomena, setiap stok habis terjual dalam masa singkat. Kini, Huda Beauty bawakan hampir keseluruhan alatan solek dari mata, wajah dan bibir.
Terkini, Huda Beauty dengan bangganya memperkenalkan barisan penjagaan kulit wajah, Wishful. Fikirkan mengenai solusi paling berkesan yang bersifat minimal, multi-tasking. EH! Diberi kesempatan untuk menemubual bersama Huda Kattan bercerita mengenai dunia kecantikan dan rahsia penjagaan kulit wajah sewaktu musim pandemik :