Apakah pandangan/pendapat anda mengenai trend kecantikan 2021 ?
Saya melihat ada 2 trend yang menjadi pilihan tahun ini seperti kebanyakan memilih untuk solekan subtle atau no makeup makeup look! Kedua iaitu disebabkan kita ada banyak masa terluang di rumah, kebanyakannya menjadi lebih kreatif dan eksperimen dengan cara solekan terbaru seperti pilihan rona pembayang mata dan warna gincu lebih ekstrem.
Adakah anda berani untuk tampil tanpa secalit mekap?
Sudah tentu! Hampir setiap hari saya akan tampil tanpa secalit mekap tebal. Tidaklah senantiasa saya tampil dalam solekan penuh. Cuma untuk acara tertentu.
Apabila anda melancarkan Wishful, apakah mesej yang ingin anda sampaikan tetapi masih ada yang tertinggal?
Ianya sangat penting untuk golongan yang gemarkan mekap iaitu mereka perlu mengutamakan penjagaan kulit wajah. Selepas kembara saya dalam rutin penjagaan kulit untuk mencari rahsia untuk dapatkan kulit bersinar dan sihat malah buatkan saya lebih yakin, setelah itulah saya membuat keputusan untuk berkongsi pengalaman ini bersama anda. It’s what I wished for my skin and it’s what makes makeup application that much more enjoyable. Anda perlu ambil tahu apa yang terkandung dalam mekap sebelum aplikasi di muka dan itulah kegunaan Wishful!
Pendapat anda mengenai formula hibrid yang gabungkan penjagaan kulit ke dalam bedak asas? Adakah anda merancang dalam masa terdekat
That is a great idea! Mungkin kami akan membuat pertimbangan. Tunggu sahaja.. hahaha
Apakah tip solekan anda untuk masalah kulit muka bermasalah seperti jerawat terutama musim Maskne?
Pastikan anda membasuh pelitup wajah sebelum memakai nya. Kerana ia mengumpul bakteria kotor yang menyumbang kepada kulit wajah lebih teruk. Lebih bagus jika anda membersihkan wajah setelah sampai rumah.
Apakah tip untuk mengekalkan mekap tanpa merosakkannya dengan pelitup wajah?
Saya sering menyembur Makeup Setting Spray seperti Glow Coco Hydrating Mist dan memilih bedak asas jenis transfer-proof sesuai untuk pemakaian sepanjang hari. Seperti formula terbaru Huda Beauty untuk bedak asas #FauxFilter Luminous Matte Foundation. Dengan gabungan dua ini, anda tidak perlu lagi risau dan solekan akan tampak lebih flawless.
Apakah rutin penjagaan wajah anda?
My skincare routine is pretty extensive! Jika anda ingin ketahui lebih terperinci, sila layari blog saya di laman HudaBeauty.com anda akan temui rahsia saya terutama barisan Wishful Skincare.
Jika ada satu teknik solekan di mana setiap wanita perlu belajar dan mahirkan, apakah pilihan anda?
Bunyi macam mudah tetapi pengadunan bedak asas pada kulit wajah wajib ditekankan! Adakah anda tahu bahawa kebanyakan wanita masih tidak mahir mengadun bedak asas yang sesuai dengan bentuk wajah. If there is a distinct line from your jaw to your neck to your collarbone… you gotta blend! Buff it out
Artikle berkaitan Mana Satu, Bronzing atau Contouring?