Dermalogica Phyto Nature Oxygen Cream menerima undian tertinggi apabila kami membuka ruang undi untuk pembaca EH! memilih Krim Pelembap Anti-Penuaan, dan yang memilih krim ini pastinya berpuas hati dengan keberkesanan krim pelembap dari Dermalogica ini.
Anda tahu tak? Semakin kita berusia, penyerapan oksigen ke dalam kulit tidak begitu efisien seperti dulu-dulu. Ditambah lagi dengan faktor persekitaran dan juga gaya hidup seperti pencemaran, kurang tidur dan pemakanan yang tidak sihat, fungsi kulit menjadi lemah dan proses penuaan sukar dibendung. Mulalah kulit kelihatan letih, kusam, muncul pula kedutan dan garis, nampak tidak bermaya!
Usahlah anda bersedih dahulu, kerana anda masih ada harapan. Oksigen itu kan ada di sekeliling kita dan Dermalogica Phyto Nature Oxygen Cream mampu memberi nafas baru dengan membantu kulit untuk menyerap oksigen dengan lebih baik agar kembali anjal dan bermaya dengan bahan aktif botani premium dan jarang-jarang ditemui.
Biji Ligustrum Lucidum, Glikogen dan Bunga Nasturtium yang dipetik tangan membantu memberikan oksigen ke permukaan kulit dengan menghidratkan lapisan atasnya untuk penampilan yang licin dan bertenaga. Ia diekstrak melalui teknologi air subkritikal yang mesra alam.
Astragalus Adaptogenik pula merata dan menegangkan untuk penampilan kulit yang lebih anjal. Bahan ini bersijil lestari dan diekstrak dengan menggunakan proses mesra alam.
Akar Luffa+ dan Squalane memberikan kesan keanjalan yang jelas, mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan. Ia 100 peratus mesra alam. Diproses dengan menggunakan kurang daripada 90 peratus air dengan kaedah tradisional.
Rose of Winter yang kaya dengan antioksida melega dan meningkatkan daya tahan kulit. Benarlah premium serta jarang didengar tetapi apa yang penting ia terbukti secara klinikal memberikan penampilan kulit empat tahun lebih muda; kulit yang lebih anjal dan terangkat selepas hanya 1 minggu sahaja. Malah ia juga terbukti secara klinikal membuatkan wajah empat tahun lebih muda, menjadikan kulit lebih anjal dan tegang * Tapi janji ya? Pakai Phyto Nature Oxygen Cream siang dan malam tau!
*dengan mengurangkan kesan kedutan kulit pra-matang.
Dermalogica Phyto Nature Oxygen (50ml) boleh didapati di kesemua butik Dermalogica seluruh Malaysia dan juga secara dalam talian di
dermalogica.com.my
serta di butik fizikal dan dalam talian SEPHORA.
Jangan lupa ikuti Dermalogica di Facebook, Instagram dan TikTok.
BACA:#SkinCare Tiga Produk Baharu Mesti Cuba