EH! Jurnal Cantik bulan Mei menampilkan pengacara cantik yang berwajah oriental, Sarah Lian. Melihat pada susuk badannya yang ramping dan sesuai sungguh dengan ketinggiannya membuatkan kami tertanya-tanya, adakah beliau seorang yang ekstrem dalam perihal penjagaan badan?
DEBORAH HENRY KONGSI RAHSIA CANTIK >>
TAK PERLU SUNTIK KALAU NAK CANTIK >>
Sarah menceritakan pengalamannya di Hong Kong yang pada ketika itu, dia pernah berdiet secara ekstrem dengan meminum teh hijau panas, nasi perang dan makanan yang dikukus selama dua minggu. Walau bagaimanapun, Sarah kini sedar tiada jalan pendek untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman. Menurutnya, senaman merupakan sesuatu yang berbaloi untuk masa hadapan.
TIP KECANTIKAN NADIYA NISAA >>
Sarah menasihati semua untuk tidak terlalu obses dan pilih diet serta senaman yang sesuai dengan gaya hidup anda. Sarah juga menjaga pemakanannya dengan mengelakkan pengambilan kopi dan teh serta banyakkan meminum air kosong untuk kekal hidrat.
**Untuk temu bual penuh Izzati Saadin bersama Sarah Lian, selak ke halaman 146 EH! keluaran Mei.