Menjaga pemakanan dan bersenam merupakan cara mengurangkan berat badan yang normal kepada semua orang termasuklah selebriti popular. Namun begitu, ada di antara mereka memilih cara yang pelik dan melampau untuk menurunkan berat badan.
Gambar: fanpop.com
Adriana Lima
Sembilan hari sebelum pertunjukan fesyen Victoria’s Secret, Adriana dikatakan tidak makan apa-apa dan hanya akan minum air. Dua belas jam sebelum pertunjukan fesyen bermula, dia akan berhenti minum untuk menyingkirkan berat air di dalam badannya.
Gambar: fanpop.com
KEBAIKAN LEMON UNTUK KECANTIKAN >>
Madonna
Superstar ini mengamalkan diet yang dipanggil ‘The Air Diet’. Dia hanya akan memegang makanan tersebut, menghidunya dan akan cuba menahan diri daripada memakannya.
Gambar: housecatconfidental.blogspot
TIP UNTUK MENJADI LEBIH BERTENAGA >>
Reese Witherspoon
Pelakon Legally Blonde ini hanya akan memakan makanan bayi untuk sarapan dan makan tengah hari tetapi tetap akan makan seperti biasa untuk makan malam.
Gambar: posh24.com
Katie Holmes
Ketika Holmes mahu menurunkan berat badan, dia hanya akan makan sup lobak untuk sarapan dan brokoli mentah untuk makan tengah hari dan makan malam.
Gambar: lehighvalleylive.com
Megan Fox
Aktress hot ini mengamalkan minum air yang dicampurkan dengan cuka epal setiap kali sebelum makan untuk menurunkan berat badannya.