Teks : Khairul Abidin
Berdasarkan pengalaman orang yang sudah mencubanya, Dior Addict Lacquer Plump antara gincu yang terbukti selesa dipakai dan tahan lama.
Jika tahun lalu Dior Addict Lacquer Stick membuat kemunculan, tahun ini Dior membawanya ke peringkat yang lebih atas lagi dengan memperkenalkan Dior Addict Lacquer Plump, yang mana buat pertama kalinya Dior melancarkan gincu lacquered dengan efek mungil pada bibir.
Seperti kata Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Imej Dior Makeup, “Warnanya pekat dan tahan lama, punya efek berkilau. Teksturnya ringan dan membuatkan sesiapa yang mencalitnya berasa cukup selesa.”
Bukan sekadar mewarnakan bibir, yang lebih menariknya tentang Dior Addict Lacquer Plump ialah manfaatnya buat bibir. Ia punya kuasa melembap, dan menurut Dior biarpun warna gincu sudah hilang, selepas 24 jam aplikasi, kelembapan bibir bertambah baik. Malah hasil kajian dan percubaan mereka mendapati kelembapan bibir naik sehingga 78 peratus. Bagaimana manfaat ini boleh dicapai? Kerana gincu ini mengandungi emulsi minyak dan air yang dicampurkan dengan warna bersama ekstrak bunga raya untuk efek mungil. Ia juga punya asid hyaluronic untuk menghidrat bibir.
Warna gincu Dior Addict Lacquer Plump tahan selama lapan jam, dan setiap aplikasi meluncur lembut dan jika dipakai betul-betul bibir akan tampak terbentuk, lebih mungil dan pastinya lebih seksi.
“Ia sebuah inovasi formula yang benar-benar mempesona. Kami berjaya mencipta warna gincu yang berkilat dengan efek berbeza-beza dan dalam masa yang sama membuat bibir berasa selesa, bagaikan tidak terasa bibir diselaputi gincu,” tambah Peter Philips. Kongsi peter lagi, aplikator yang mereka cipta bersesuain dengan tekstur Dior Addict Lacquer Plump yang sangat ringan, hanya sekali luncur sudah cukup membuatkan bibir menonjol.
Pilihan Warna
Dior Addict Lacquer Plump dipersembahkan dalam 16 warna yang cukup istimewa dan dibahagikan kepada tiga kelompok; Classic, Neons dan Glitters. Tiap kelompok ini punya efek berbeza. Ia dicipta cukup sempurna, sesuai untuk mana-mana parti- malar segar, elektrik dan pastinya memukau. Gincu ini diabadikan di dalam kelongsong jernih yang menampakkan warna isinya.
Pilihan EH!