Dior Makeup buat pertama kalinya memperkenalkan pemerah pipi dalam bentuk stik (stick blush) sempena kedatangan tahun 2021.
Himpunan alat solek Dior Makeup musim bunga ada kejutan manis pabila mereka melengkapkan himpunan ini dengan blush stick yang dicipta untuk mencipta efek glow pada wajah. Dilengkapkan dengan formula yang melembap ia meresap lembut pada kulit dan hasilnya pipi yang berseri-seri dalam ton Merah samar. Dior Stick Glow datang dalam dua ton yakni 715 Coral Glow dan 865 Pink Glow. Bagaimana mahu menggunakannya? Anda boleh calit terus stik ini pada buah dan tulang pipi, kemudian tepuk lembut dengan jari untuk memesrakannya. Atau jika mahu sapuan yang lebih terkawal, calit dari stik dengan jari dan sapukan pada pipi. Boleh juga gunakan berus.
Klik: Throwback 5 Beauty Moments Penting 2020
Bibir Lembap Tidak Pernah Seseksi Ini
Lagi satu yang menangkap mata saya menerusi himpunan musim bunga Dior ini ialah barisan item barunya untuk bibir. Peter Philips menciptakan tiga Lip Glow Oil dan tiga Dior Addict Lip Maximizer. Dior Addict Lip Glow Oil memberi efek kilat pada bibir bagaikan cermin, membuatkan rasa mahu dipicit-picit bibir yang kelihatan mungil bila disapu dengan ‘minyak’ ini. Musim ini Lip Glow Oil tampil dalam tiga pilihan warna, Pink dan Coral untuk anda yang gemarkan efek semula jadi, dan Ultra Pink jika anda mahukan sesuatu yang lebih menyerlah warnanya. Dior Addict Lip Glow Oil dimewahkan dengan minyak buah ceri dan diperlengkapkan dengan teknologi yang memberi ia efek merah-merah seperti bunga ros.
Secara peribadinya saya penggemar Dior Addict Lip Mximizer, dan ramai jurusolek selebriti turut menyukainya. Ia antara produk mesti ada dalam beg mekap mereka, yang mana mereka akan aplikasinya pada bibir klien mereka sebelum calitan apa-apa produk lain untuk bibir, baik pensel bibir, gincu mahupun glos. Permulaan tahun 2021 ini Peter Philips hadirkan Lip Mximizer dalam ton serupa dengan Lip Glow Oil.
Bagi yang gemarkan gincu, Rouge Dior yang ‘dipinjamkan’ untuk melengkapkan koleksi ini tampil dalam dua warna yang akan jadi all time favourite wanita seluruh dunia, Pink Sakura dan Coral Peony.