Jurusolek terkenal dunia dan juga Pengarah Kreatif dan Imej untuk Dior Beauty, Peter Philips, baru sahaja memberitahu saya bahawa solekan trend ini, Dior Summer Collection akan menjadi tarikan kecantikan baharu pada musim panas ini.
Koleksi musim panas Dior Beauty, meraikan musim panas ini dengan meneroka warna kontras coklat keemasan, merah jambu, deep coral dan biru tua, entiti warna yang menyeronokkan untuk dicuba rias. Antara warna pilihan musim panas buat pengarang, semestinya merah jambu. Warna segar dan optimis menjadi kegemaran yang paling popular, menawarkan tafsiran yang tidak terhingga kepada ketidaklimitan akses solekan. Penceritaan warna yang berani dan sangat bergaya, Dior Summer Collection perlu untuk anda cuba dan berikan keseronokan solekan pada wajah dikala musim panas ini.