Dior Summer 2023 Collection dibarisi pembayang mata, pilihan gincu yang variasi warna dan tekstur, luminizer dan juga pewarna kuku. Dior menyajikan dua pilihan pembayang mata 5 Couleurs Couture, palet ‘Eden-Roc’ dan juga ‘Rivage’. Eden-Roc disempurnakan dengan ton keemasan dan gangsa dan dipercikan dengan sentuhan warna biru denim. Saya fikir ini satu gabungan warna yang menarik, menyuntik unsur bold jika bijak bermain dengan warna di kelopak mata. Bagi yang sukakan sesuatu yang lebih klasik dan malar segar, palet Rivage pasti disukai kerana palet ini dilengkapi dengan ton coklat, emas dan koral yang sering dipakai selalu.