Rumah fesyen mewah Dior kembali mencuri perhatian dengan pelancaran koleksi kecantikan terbaharu mereka, Diorshow 2026. Koleksi ini memberi fokus sepenuhnya kepada solekan mata, menampilkan harmoni warna monokrom dengan kemasan yang memikat dan dramatik.
Menjadi bintang utama dalam koleksi ini ialah Diorshow Overvolume, maskara baharu yang direka untuk memberikan volum ekstrem bersama definisi bulu mata yang lebih impak. Dengan formula inovatifnya, maskara ini mampu memberikan peningkatan volum sehingga +440%, menghasilkan bulu mata yang kelihatan lebih lebat dan wow.
Tambahan, formula Dior kali ini yang kalis air serta pigmen warna yang luar biasa, memastikan solekan kekal tahan lama sehingga 24 jam tanpa luntur. Rekaan bekas maskara ini turut dihiasi motif cannage, elemen ikonik yang sering menjadi identiti couture Dior.

Untuk koleksi kali ini, Dior memperkenalkan empat pilihan warna yang lebih menarik dan gempak. Antaranya 161 Overblue, biru elektrik yang menyerlah serta 790 Overbrown, warna coklat sejuk yang kini menjadi sebahagian daripada koleksi kekal Dior. Turut dilancarkan dalam edisi terhad ialah 971 Overplum, warna burgundy dengan sentuhan ungu dan terakhir sekali, 840 Overpink, warna merah jambu terang yang memberikan efek dramatik pada bulu mata.
Dior menyerlahkan penampilan couture yang dibintangi oleh duta Deva Cassel dan Willow Smith dalam kempen tenaga magnet yang menawan lembaran baharu untuk Diorshow.
Selain maskara, pengarah kreatif dan imej solekan Dior, Peter Philips, turut memperkenalkan empat palet Diorshow 5 Couleurs edisi terhad. Palet ini hadir dalam harmoni warna monokrom seperti merah jambu, biru, lilac dan coklat dengan pelbagai kemasan daripada matte, satin hingga iridescent. Di bahagian tengah setiap palet pula, terdapat rona duo-chrome, tone yang memantulkan cahaya dari setiap sudut, memberikan dimensi yang lebih menarik pada solekan mata.
Dengan pilihan rona daripada yang lembut dan lebih berpigmen, koleksi Diorshow 2026 membuka ruang untuk mencuba serta bereksperimen dengan pelbagai gaya solekan mata, sama ada tampilan natural ataupun keinginan untuk menjadi lebih dramatik.
Baca: 5 Beauty Essential Wajib Ada Dalam Tas Tangan Untuk Hari Raya








