Sebenarnya untuk merawat rambut tidak memerlukan kos yang tinggi cuma perlu luangkan sedikit masa di hujung minggu untuk membelainya. Rambut jika selalu terdedah dengan bahan kimia pun tidak baik, sesekali gunakan bahan semulajadi untuk merawatnya.
Gambar: joyofkosher.com
Pati Santan
Kaya dengan protin, vitamin B dan C, zink, potassium dan besi yang menjadikan ia masker terbaik untuk rambut. Lumur pati santan keseluruh rambut dan urut dibahagian kulit kepala. Ambil tuala suam untuk membalut rambut dan biarkan ia selama 15 ke 20 minit. Cuci dan biarkan ia kering.
Gambar: devilstrillblog.blogspot.com
Minyak Olive dan Telur
Bagi yang mempunyai rambut yang kering dan rapuh dihujung, ambil tiga sudu minyak olive dan dua biji telur, gaul sehingga sebati. Kemudian sapukan dengan rata keseluruhan rambut dan biarkan selama 20 minit sebelum mencucinya. Minyak olive mampu menghidrat rambut dibantu dengan protin didalam telur yang sangat baik untuk pertumbuhan rambut sihat.
Gambar: cafelamoda.co.uk
Minyak Almond, Madu dan Cuka Epal
Masalah utama apabila berambut panjang ialah rambut mudah bercabang di bahagian hujung. Usah gusar, gaulkan satu sudu minyak almond, dua sudu madu dan satu sudu cuka epal (gandakan kuantiti untuk rambut yang lebih panjang). Lumur campuran tadi keseluruh hujung rambut dan biarkan selama setengah jam. Perlu tahu, masker ini tidak boleh memperbaiki rambut bercabang (masih perlu ke salun untuk di trim) tapi ia memberikan zat yang cukup untuk kekal sihat dalam tempoh masa yang panjang.
Gambar: vapertrail.co.uk
Cuka Epal dan Lemon
Tuangkan ¼ cuka epal dan parutkan sebiji kulit lemon kemudian lumur keseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 minit untuk meresap keseluruh kawasan rambut sebelum mencucinya. Cuka epal mampu membersihkan sisa kimia produk rambut, perapi dan menguatkan lagi setiap batang rambut. Ramuan terbaik untuk rambut berminyak kerana ia meneutralkan PH rambut, membunuh bakteria dan merawat kelimumur.