Menjadi pilihan individu ternama dunia, rangkaian penjagaan kulit Dr. Barbara Sturm kini boleh dimiliki di Malaysia.
Siapa bisa melupakan imej wajah Kim Kardashian berlumuran darah sewaktu dia melakukan vampire facial yang dimuat naik media sosial. Jika ada yang tidak tahu, individu yang mempelopori rawatan wajah itu adalah Dr. Barbara Sturm. Selain memperkenalkan rawatan wajah ‘couture’ seperti itu, dia juga memiliki rangkaian produk penjagaan kulit yang menggunakan namanya sendiri.
Sebelum bergelar doktor aesthetik, Dr. Barbara memulakan kariernya dalam bidang perubatan sebagai ortopedik dan mungkin ramai tidak tahu dia juga merupakan sebahagian doktor yang terlibat dalam pasukan yang menjalankan prosedur kaki kepada pemain bola keranjang legenda dunia, Kobe Bryant dan prosedur tersebut dinamakan sebagai “Kobe Procedure”, yang rawatan ini menggunakan sel Darah untuk menghasilkan protein untuk mengurangkan keradangan dan menjana proses penyembuhan. Sejak dari situlah Dr. Barbara beralih kepada dunia aesthetik dengan memperkenalkan vampire facial.
Rangkaian penjagaan kulit ilham doktor yang berasal dari Jerman itu menjadi pilihan utama individu tersohor dunia seperti supermodel Gigi Hadid, bekas ahli kumpulan Spice Girls yang kini bergelar pereka fesyen, Victoria Beckham dan juga model Emily Ratajowski. Rangkaian penjagaan kulit ini merangkumi pelbagai fokus dalam perihal penjagaan seperti anti-penuaan, mencerah dan juga ada rangkaian untuk kulit sensitif. Produk-produk ini dibangunkan dengan kajian sains, bebas penggunaan bahan pewangi juga minyak mineral, bahan-bahannya pula rata-rata vegan dan bebas dari kekejaman ke atas Haiwan (animal cruelty-free).
Berita baik buat pencinta dunia kecantikan di Malaysia, rangkaian Dr. Barbara Sturm kini akhirnya boleh dibeli di Malaysia. Produk-produk hebat ini kini boleh dibeli di butik-butik (juga dalam talian) Kens Apothecary.
Empat Produk Dr. Barbara Sturm Pilihan EH!
Enzym Cleanser
Bertindak sebagai pencuci dan juga medium pengelupasan, pembersih wajah ini mengandungi enzim dan asid ascorbic yang mencuci dan menyingkirkan sel kulit mati, sisa solekan, kesan pencemaran dan juga kekotoran wajah. Ia juga menyingkir lebihan minyak pada wajah tanpa menyebabkan kulit wajah menjadi kering.
Hyaluronic Serum
Inilah superstar dalam banyak-banyak produk Dr. Barbara Sturm. Ia bukan sekadar untuk mengekalkan lembapan kulit ia juga menembusi lapisan kulit untuk merawat kesan kedutan dan tanda-tanda penuaan di wajah. Ia mengandungi ekstrak purslane, vitamin A, C dan E selain asid omega-3.
Face Mask
Ia bagaikan booster pada kulit selepas seharian terdedah dengan cahaya matahari ataupun pencemaran luar. Pupur muka ini bertindak menghidratkan kulit hasil campuran ekstrak purslane, lidah buaya dan chamomile. Biarkan di wajah selama 10 minit sebelum dibilas dengan air.