Tiba masa kulit perlu dicuci, dibelai dengan pupur (mask) dan perlu juga proses pengelupasan (exfoliate). Kulit kepala juga samalah macam kulit muka perlu sesi detoks, dan dry shampoo (syampu kering) bukanlah penyelesainnya.
Syampu kering bukanlah satu penemuan baru dalam dunia kecantikan, cuma saya rasa baru beberapa tahun kebelakangan ini orang mula bercakap tentangnya, dan pilihan pun sudah banyak di pasaran. Namun saya percaya di sebalik popularitinya, tidak ramai yang arif tentangnya. Malah ada yang tidak tahu fungsinya. ada yang beranggapan fungsinya sama dengan syampu biasa.
Jadi apa fungsi sebenar syampu kering? Syampu kering sebenarnya bukanlah pencuci total rambut, ia sekadar menyerap lebihan minyak pada kulit kepala. Jadi pabila ia bukanlah pencuci ia bermakna anda masih perlu mencuci rambut menggunakan syampu biasa. Syampu kering ini elok digunakan pada waktu tertentu sahaja, ia bukanlah pengganti jika anda tidak sukakan syampu biasa.
Menurut pakar rambut, Lars Skjoth dalam satu temubualnya, serbuk syampu kering boleh mengeringkan kulit kepala dan mapu menyebabkan kelemumur, dermatitis dan jangkitan pada liang rambut. Cara terbaik untuk menyingkirkan sel kulit mati, peluh dan minyak di kulit kepala adalah dengan bersyampu menggunakan syampu biasa.
Kita disarankan mencuci rambut dengan syampu normal dua hari sekali. Dan Jika anda mempunyai masalah kelemumur, pakar menyarankan rambut dicuci setiap hari menggunakan syampu untuk kepala berkelemumur. Bukan tidak boleh menggunakan syampu kering, tapi tak digalakkan menggunakannya selalu. Jika boleh gunakan syampu kering pada juraian rambut sahaja. Bagi yang mempunyai rambut kering atau rambut keriting, disarankan menggunakan syampu kering yang hidrat.
Biasanya orang yang sudah biasa menggunakan syampu kering akan sedar bilakah masa untuk mereka berhenti menggunakannya. Kita mesti belai kulit kepala kita sama seperti kita menjaga kulit muka. Tiba masa kulit perlu dicuci, dibelai dengan pupur (mask) dan perlu juga proses pengelupasan (exfoliate). Kulit kepala juga samalah macam kulit muka perlu sesi detoks.
CARA BETUL MENGGUNAKAN SYAMPU KERING
Goncang botol syampu kering- Pertama sekali goncang botol syampu kering anda supaya isi kandungannya teradun mesra, dan bila disemburkan pada rambut ia disembur rata.
Bahagikan rambut- Gunakan sikat dan bahagikan rambut kepada beberapa bahagian. Berikan perhatian kepada bahgian kuli kepala yang berminyak.
Semburkan syampu kering- Pastikan jarak antara mata penyembur dengan kulit kepala sekurang-kurangnya 10 inci. Usah terlalu dekat ia akan menyebabkan bahan syampu kering berkumpul. Tidak perlu sembur ke seluruh kepala, hanya pada bahgian yang berminyak Sahaja.
Urut kepala- Biarkan semburan tadi selama tiga ke lima minit, kemudian urut kepala anda. Ini perlu supaya syampu kering Boleh menjalankan magisnya. Jika perlu, anda Boleh sikat rambut anda kemudian.