Dalam kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang penuh warna dan kegembiraan, solekan menjadi salah satu cara untuk mengekspresikan diri, sama ada tampil lembut dan natural atau berani dengan sentuhan artistik.
Selari dengan semangat ini, essence meraikan kecantikan yang fun, effortless dan penuh ekspresi. Raya kali ini, Ed dan Eqa membuktikan bahawa dengan produk yang sama, anda boleh mencipta dua gaya solekan yang berbeza, hanya bergantung pada kreativiti sendiri.
Untuk edisi Raya, kami menggunakan rangkaian produk essence yang sama, daripada primer hingga ke lipgloss, bagi menghasilkan dua look berbeza, Eqa dengan gaya fresh dan glowing, manakala Ed tampil lebih bold.
EQA
Produk Eqa gunakan:
Brighten Up! Perfecting Primer (#01 Light Beige)

Langkah pertama untuk kulit yang lebih smooth dan cerah. Teksturnya ringan, membantu solekan melekat dengan lebih baik tanpa rasa kering.
Brighten Up! Cushion Foundation (BAHARU)
Memberikan efek kulit yang fresh, flawless dan berseri. Liputan sederhana yang boleh dibina menjadikan kulit nampak lebih sekata tanpa rasa berat, sesuai untuk Raya glow sepanjang hari.
Baby Got Blush (#20 Peaches & Cream)

Memberikan efek pipi yang segar dan natural. Mudah diblend dan praktikal untuk touch-up di mana sahaja.
All About Matt! Fixing Compact Powder
Untuk memastikan solekan kekal matte dan tahan lama, Eqa menggunakan compact powder ini bagi mengawal minyak berlebihan. Hasilnya, kulit tampak lebih halus, natural dan bebas kilau, perfect untuk cuaca panas dan aktiviti Raya seharian.
The ROSE Edition Eyeshadow Palette
Eqa memilih gaya lembut dan romantik dengan rona-rona rose yang manis. Gabungan matte dan metallic memberikan dimensi pada mata, sesuai untuk penampilan yang elegan dan effortless.
I LOVE EXTREME Crazy Volume Mascara Waterproof
Memberikan efek bulu mata yang panjang, lebat dan terangkat. Mata tampak lebih segar dan terbuka dengan hanya beberapa sapuan.
Extreme Shine Volume Lipgloss (#09 Shadow Rose)
Sentuhan akhir dengan kilauan glassy yang memberikan efek bibir lebih penuh dan segar, melengkapkan keseluruhan look Raya.
ED
Produk Ed gunakan: (produk sama seperti Eqa)
Brighten Up! Perfecting Primer (#01 Light Beige)
Sebagai base, primer ini membantu menghasilkan kulit yang lebih sekata dan bersedia untuk solekan yang lebih bold.
Brighten Up! Cushion Foundation (BAHARU)
Dengan teknik aplikasi berbeza, Ed menghasilkan kemasan yang lebih polished dan flawless, sesuai untuk menampung solekan mata yang dramatik.
Baby Got Blush (#Peaches & Cream)
Digunakan untuk memberi sedikit warmth pada wajah, mengimbangi solekan mata yang bold.
All About Matt! Fixing Compact Powder
Digunakan untuk set solekan dan memastikan wajah kekal matte sepanjang hari. Ia membantu mengawal minyak tanpa mengganggu kemasan solekan, menjadikan look kekal fresh walaupun seharian beraya.
The ROSE Edition Eyeshadow Palette
Menggunakan palet yang sama, saya mencipta solekan mata yang lebih berani dengan gabungan rona lebih gelap dan shimmer, memberikan efek standout.
I LOVE EXTREME Crazy Volume Mascara Waterproof

Menambahkan volume dan intensiti pada bulu mata, menjadikan mata lebih menyerlah dan dramatik.
Extreme Shine Volume Lipgloss (#01 Crystal Clear)
Memberikan kemasan akhir yang sleek dan moden dengan efek bibir lebih penuh dan bersinar. Sebelum itu, saya menyapu sedikit pembayang mata pada bibir sebagai asas warna, agar lipgloss lutsinar yang digunakan tampil lebih menyerlah dan berdimensi.
Dengan hanya satu rangkaian produk yang sama, kami membuktikan bahawa solekan Raya tidak perlu rumit atau mahal untuk kelihatan menawan. Apa yang penting adalah cara anda bermain dengan teknik dan kreativiti.
Dengan essence, rutin bersiap untuk Raya jadi lebih mudah, menyeronokkan dan penuh WOW! Produk essence boleh didapati di Watsons, Watsons PINK serta di TikTok Shop, Shopee dan Lazada.
Baca: Gaya Natural atau Artistik, Essence adalah Pilihan Terbaik!













