Teks : Razin Mohd
Kenapa pilih satu bila anda boleh dapatkan dua warna dalam satu calitan pada bibir? Dengan kemasan matte dan baldu, Laneige tampil dengan Two-Tone Matte Lip Bar baharu dengan 10 pilihan warna untuk dicuba!
Trend gincu dalam dua warna tidak pernah tampak ketinggalan untuk digayakan tahun ini! Lagi-lagi bila dicalitkan dengan gincu dalam warna yang menyerlah inovasi dari Laneige!
Sudah menjadi perintis dalam gincu dua warna Laneige kini tampil dengan Two-Tone Matte Lip Bar yang mana datang dengan kemasan velvet dan matte dalam gabungan warna natural dan terang. Aplikasinya pada bibir tampil lebih ‘effortless’ dan olesannya pada bibir anda bakal tampak lebih gebu dan lembut sepanjang hari!
MICRO-PIGMENT
Calitan berkarakter ini dihasilkan dengan kandungan mirco pigment yang tinggi buat hasil calitan yang terang pada bibir. Menghasilkan efek kabur, gabungan dua warna dalam kemasan berbeza ini tampak lebih seamless dan kemas! Warna terang dalam kemasan matte berada di atas buat calitan yang lebih menyerlah manakala velvet lip primer di bahagian bawah membekalkan kelembapan pada bibir.
FORMULA GEL ISTIMEWA
Gincu dua warna edisi baru ini didatangkan dengan formula gel istimewa sebagai alternatif buat matte lipstick powder yang sedia ada. Tekstur gel lembut ini memenuhi bahagian lekuk antara permukaan bibir seterusnya menghasilkan olesan yang licin, lembap, kemas dan sempurna.
Gincu Baharu Laneige Two-Tone Matte Lip Bar ini tampil dalam 10 warna menarik, antaranya #1 Burgundy Mood, #2 Red Cashmere, #3 Powershoulder Pink, #4 Fitting Rose, #5 Sunshine Coral, #6 Red Velvet, #7 Apricot Candy, #8 Rose Layering, #9 Cherry Milk dan #10 Soft Knit. Boleh di dapati pada harga RM85 di butik dan kaunter kecantikan Laneige seluruh Malaysia!
[envira-gallery id="114268"]
LANGKAH BUAT OLESAN BIBIR SEMPURNA