Dunia kecantikan penuh magis bermula di Sephora. Nikmati rangkaian produk eksklusif yang hanya tersedia di sini, dan tiada di mana-mana lagi.
Kurasi musim ini mempertemukan pigmen yang berani, tekstur baharu yang revolusioner serta ikon kecantikan global, eksklusif di Sephora Malaysia. Dari pelancaran hangat selebriti seperti Haus Labs oleh Lady Gaga hinggalah ke jenama ikonik seperti Charlotte Tilbury, Rare Beauty dan Makeup by Mario, barisan ini sedang merevolusikan dunia kecantikan dan hanya tersedia di Sephora.
Blusher kegilaan ramai, Blusher Patrick Ta hadir dalam compact duo berformula cream dan powder untuk pipi yang tahan lama dan bold. Cream blush memberi efek segar dan natural, manakala powder mengunci warna agar kekal sepanjang hari, menghasilkan glow cantik dan radiant.
Kosas DreamBeam Sunlit Comfy Smooth Tinted Makeup Prep Base SPF 40 PA++++ ialah mineral sunscreen tanpa silikon yang selesa dipakai setiap hari. Diperkaya dengan ceramide dan peptide, ia membantu melembap, meratakan tekstur kulit, mencerahkan serta mencipta asas solekan yang paling flawless dan dreamy.
Haus Labs by Lady Gaga, Triclone Skin Tech Foundation ialah foundation medium coverage yang ringan dan non-comedogenic, sesuai untuk semua jenis kulit. Diperkaya dengan fermented arnica, ia membantu mengurangkan kemerahan sambil melindungi kulit daripada tekanan persekitaran, memberi hasil akhir yang natural dan breathable.
Pixi Tinted Lip Jelly hadir dengan tekstur jelly yang mewah, memberi hidrasi mendalam sambil menjadikan bibir lebih plump, halus, dan lembap. Diperkaya dengan ramuan botanikal berkhasiat, ia bukan sahaja melembapkan tetapi turut memberikan lapisan warna segar dan menawan untuk bibir yang sihat bercahaya.
Beautyblender Solid Cleanser ialah pembersih vegan beraroma lavender yang mampu membersih dan mengekfoliasi alat solekan dengan mendalam. Tanpa memerlukan silikon mat, ia menjadikan rutin mencuci lebih mudah, bersih, dan praktikal — truly clean beauty made easy.
Sol de Janeiro Sundays in Rio Warm Vanilla Hair & Body Perfume Mist ialah semburan wangi yang meraikan energi santai Ahad di Brazil. Dengan haruman warm vanilla dan sentuhan pink pepper, ia memberi aura yang hangat, manis, dan penuh mood ceria dari rambut hingga ke tubuh.
Make Up For Ever Artist Color Crayon Waterproof Multi-Use Stick ialah krayon warna yang pigmented dan tahan lama, hadir dalam kemasan shimmer serta semi-matte. Serbaguna, ia boleh digunakan sebagai blush, eyeshadow, contour, bronzer, atau highlighter, dengan tekstur yang mudah di-blend untuk hasil solekan yang kreatif dan versatil.
Tarte Shape Tape Blur Concealer Stick ialah concealer stick pertama dari Tarte dengan formula krim yang mudah dibina. Sesuai untuk mencerahkan bawah mata, menutup cela jerawat, serta memberi efek blur pada kulit, ia menjadikan hasil solekan lebih flawless dan natural.
Ouai Super Dry Invisible Dry Shampoo menyerap minyak, kotoran, dan peluh dengan efektif sambil menyatu sempurna pada rambut tanpa meninggalkan kesan. Rambut kekal segar dengan haruman tahan lama yang wangi sepanjang hari.
Rare Eau de Parfum with Vanilla and Caramel ialah haruman gourmand yang hangat dan mewah dengan sentuhan rempah. Membuka dengan nota karamel dan pistachio, kemudian berkembang ke arah vanilla kaya dan halia pedas, sebelum berlabuh pada sandalwood beraroma bumi. Tahan sehingga 12 jam, ia boleh dipadankan dengan Rare Fragrance Layering Balms untuk mencipta wangian yang lebih peribadi dan unik.
Makeup by Mario Master Mattes® Long-Wearing Cream Eyeshadow ialah eyeshadow krim yang ringan dan mudah digunakan, memberikan kemasan matte yang lembut dan terbaur sempurna. Formula ini tahan lipatan, peluh, serta kelembapan, memastikan solekan mata kekal sepanjang hari.