Hadir dengan penyambung hembusan lembut (gentle air attachment), Dyson Supersonic™ mengering rambut dan memelihara kulit kepala dengan pantas lagi menyeluruh.
Melintasi garis masa media sosial mahupun portal kecantikan, mata pasti pernah terlihat pengering rambut ikonik ini. Dyson Supersonic™ diperkenalkan pada 2016 dan sejak itu ia menerima liputan serta reviu hebat dari ramai selebriti, penggaya rambut, influencer kecantikan mahupun mana-mana wanita yang pernah menggunakannya.
Mengimbas kembali detik tercetusnya idea mahu melancarkan pengering rambut sendiri, James Dyson (pengasas Dyson) mahukan pengering rambut yang tidak bingit bunyinya supaya dia dapat berbual-bual dengan isterinya, Deirdre sewaktu isterinya mengeringkan rambut. Maka dari situ pasukan pengkaji di Dyson mula mengkaji bagaimana mereka boleh mengembangkan lagi teknologi sedia ada di Dyson seperti aliran udara, sistem pemanas dan motor digital untuk diguna pakai dalam penciptaan pengering rambut baharu.
Kajian ini tidak hanya tertumpu kepada soal teknologi, mereka turut mengambil kira isu lazim yang dialami oleh pengguna termasuk pengering rambut yang berat membuatkan tangan menjadi lenguh selain kesan negatif kepada rambut mahupun kulit kepala akibat penggunaan pengering rambut yang kerap. Mereka juga mengambil kira proses pengeringan rambut menggunakan pengering rambut tradisional yang biasanya mengambil masa yang panjang.
Berpandukan faktor-faktor yang diambil kira dan dikembangkan dengan teknologi Dyson sedia ada, maka lahirlah Dyson Supersonic™, pengering rambut era baharu yang membawa dimensi cukup berbeza dalam pengalaman mendandan rambut. Dalam sebulan dilancarkan, pengering rambut ini diiktiraf sebagai pengering rambut paling banyak dibeli di United Kingdom.
PENYAMBUNG HEMBUSAN LEMBUT, SESUAI UNTUK WANITA BERHIJAB
Dyson Supersonic™ mempunyai beberapa penyambung magnetik yang sesuai untuk rambut berbeza. Salah satunya ialah penyambung hembusan lembut dengan fungsi serta fokus penjagaan rambut dan kulit kepala dengan membuatkan tiupan angin lebih lebar dan meluas. Berbentuk bulat, penyambung ini menawarkan tiupan angin yang lembut sekaligus rambut dikeringkan dengan cepat tanpa haba yang melampau.
Mengapa anda perlukan penyambung ini? Kerana tiupan angin yang lembut penting untuk kulit kepala lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai kulit kepala sensitif serta berambut halus. Tiupan angin dingin dan lembut sesuai untuk mengelakkan kulit kepala dan rambut terasa panas. Untuk yang mewarnakan rambut pula, tiupan angin sejuk akan memelihara warna rambut untuk tahan lebih lama dan memastikan ia kekal bersinar.
Pengeringan pantas dan dalam masa yang sama memelihara kulit kepala sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit kepala juga rambut. Apatah lagi buat mereka yang berhijab, rambut haruslah dikering sempurna, dan kulit kepala dijaga dengan baik, bukan sahaja faktor kebersihan ia juga memberi kesan kepada kesihatan rambut juga keselesaan kala berhijab.
Mungkin ramai yang tidak tahu rambut berada dalam keadaan yang sensitif dan rapuh sewaktu ia basah. Jadi mengikat rambut yang masih dalam keadaan basah dan kemudian mengenakan hijab akan menjadi punca kepada masalah rambut gugur dan mengerbang. Lagi satu tip untuk anda yang berhijab, tukar stail ikatan rambut sebelum mengenakan hijab. Pelbagaikannya, jika selalu mengikat dalam gaya ciut (ponytail) atau sanggul, boleh cuba mengikat tocang longgar agar ikatan rambut lebih longgar dan mengurangkan tekanan pada rambut.
Pengering rambut Dyson Supersonic™ tampil dengan motor digital V9 yang mana ia merupakan antara pengering rambut terpantas di pasaran hari ini. Selain itu, ia juga mempunyai kawalan haba pintar dalam mengimbangi kadar suhu, ini amat penting dalam penjagaan rambut anda supaya ia tidak terlalu panas dan merosakkan rambut sewaktu proses pengeringan.
TIP PENJAGAAN RAMBUT MUDAH UNTUK WANITA BERHIJAB
1- Sama seperti wanita yang tidak berhijab, membersih dan merapi rambut harus dijadikan rutin. Syampu, gunakan perapi dan sesekali pupur rambut. Sama seperti wajah yang kerap bersolek harus dijaga dengan membersih, serum dan pelembap, begitulah juga dengan kepala yang sering dilitupi dengan hijab.
2- Pastikan rambut dikering sempurna, termasuklah kulit kepala sebelum mengenakan hijab. Jika mahu menggunakan minyak rambut atau perapi tanpa bilas, biarkan rambut menyerapnya terlebih dahulu.
3- Usah ikat rambut dengan ketat. Sebaiknya ikat rambut menggunakan kain bukan getah biasa. Rambut yang diikat ketat akan menyebabkannya mudah gugur dan memberi tekanan pada rambut dan kulit kepala.
4- Sebaiknya ubah belahan rambut selalu supaya rambut akan kekal volum pada waktu anda berada di dalam rumah.
5- Pilih fabrik tudung yang ringan agar masih ada ruang udara untuk rambut dan kulit kepala bernafas. Material ringan tidak bermaksud jarang.
RAMBUT BERALUN LEMBUT & BERSINAR
Selain penyambung hembusan lembut, pengering rambut Dyson Supersonic™ ini juga dilengkapi dengan empat lagi penyambung dengan fungsi berbeza. ‘Smoothing nozzle’ pastinya antara yang menjadi tumpuan dan sudah diperkenalkan semenjak pengering rambut ini dilancarkan. Penyambung ini menyalurkan angin dengan lebih meluas dan tepat pada rambut anda, sekaligus membuatkan proses mengering dan penggayaan rambut lebih cepat.
Penyambung-penyambung Dyson Supersonic™ menggunakan magnet dan boleh diputar mengikut kesesuaian, dan lebih menarik ia disempurnakan dengan Heat Shield Technology yang mana ia akan sentiasa berada dalam keadaan suhu bilik dan boleh disentuh walaupun anda sedang menggunakan pengering rambut dalam mod panas.
Dyson Supersonic™ turut dilengkapi dengan penyambung ‘flyaway’ baharu (untuk merapikan rambut selepas dikeringkan), diffuser yang sesuai digunakan untuk anda yang berambut keriting dan sikat bergigi lebar untuk merapikan rambut agar tidak kusut.
Hadir dalam empat variasi warna; Iron & Fuchsia, Nickel & Fuchsia, Nickel & Copper dan juga dalam Black & Nickle. Miliknya pada harga RM1,899 dengan 12 bulan ansuran faedah 0% bernilai RM158 sebulan. Untuk maklumat lanjut tentang Dyson Supersonic™
#ehmalaysia #dyson #ehxdyson